awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rio 2016: Khairulnizam kecewa dengan kesilapan sendiri

Astro Arena
Astro Arena
10/08/2016
08:35 MYT
Rio 2016: Khairulnizam kecewa dengan kesilapan sendiri
KHAIRULNIZAM: Saya ada lagi enam perlumbaan untuk perbaiki kedudukan.
Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy, tidak menyembunyikan nada kecewa apabila menamatkan perlumbaan ketiga dan keempat, masing-masing di tempat ke-40 dan ke-33, dalam acara laser lelaki Sukan Olimpik, hari ini.
Khairulnizam yang kini menduduki tempat ke 40 keseluruhan, mengakui kegagalan pada hari kedua itu adalah kesilapannya sendiri dan bertekad akan bangkit untuk perlumbaan esok.
"Insya-Allah, esok hari ketiga, memang saya nak buat yang terbaik. Perlumbaan di penanda lima dan enam esok akan berlumba di tempat terbuka di Copacabana. Jadi, saya harap dapat buat yang terbaik, sebab perlumbaan sebelum ini ada kurangnya, mungkin salah saya sendiri.
"Saya ada lagi enam perlumbaan untuk perbaiki kedudukan dan apa-apa boleh jadi. Diharapkan hari-hari seterusnya memihak kepada saya," katanya.
Dalam pada itu, jurulatih Khairulnizam yang juga bapanya, Mohd Afendy Abdullah, tetap yakin sasaran untuk berada dalam kelompok 25 terbaik tetap mampu diraih kerana masih ada baki enam perlumbaan.
"Masih ada lagi enam perlumbaan, apa-apa sahaja boleh berlaku. Kita cuba buat yang eloklah. Nanti, dalam perlumbaan di Copacabana bahagian luar, itu lebih baik daripada lokasi dalam ini," kata Afendy.
Topic Berkaitan
#atlet pelayaran negara
#Khairulnizam Mohd Afendy
#Olimpik Rio
#Rio 2016
#Rio Olympic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan