awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rio 2016: Malaysia gagal lepasi pusingan penyingkiran acara memanah

Bernama
Bernama
06/08/2016
23:47 MYT
Rio 2016: Malaysia gagal lepasi pusingan penyingkiran acara memanah
Pemanah negara (dari kiri) Khairul Anuar Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Haziq Kamaruddin berjalan keluar selepas tewas kepada Pasukan Perancis dalam acara berpasukan lelaki pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 pada 6 Ogos. - fotoBERNAMA
Harapan Malaysia untuk menampilkan aksi lebih terpuji dalam acara memanah pada Sukan Olimpik Rio, berkecai apabila pasukan recurve lelaki gagal melepasi pusingan penyingkiran selepas tewas 2-6 kepada Perancis, di sini, Sabtu.
Trio negara yang dibarisi Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin, yang pertama kali beraksi di pentas Olimpik, sekadar mengumpul 214 mata, manakala gandingan Perancis meraih 220 mata untuk bertemu Itali di suku akhir.
Jurulatih negara Lee Jae Hyung berkata pemanah negara gagal menyerap tekanan ketika beraksi dalam saingan yang sangat sengit itu.
Hadir ke Rio dengan harapan tinggi untuk mara ke separuh akhir, trio negara menampilkan aksi longlai apabila menamatkan cabaran di kedudukan terakhir daripada 12 pasukan dalam aksi menentukan ranking, pada Jumaat.
Rekod Malaysia pada Olimpik lebih mengecewakan di Rio selepas berada di kedudukan keempat dan layak ke suku akhir di Olimpik 2008 di Beijing, menduduki ranking ke-10 di Olimpik 2012 di London dan ke-12 di Rio.
Ketua kontinjen, Tan Sri Muhammad Al Amin Abdul Majid, yang turut berada di venue menyaksikan pusingan kalah mati itu, jelas kecewa dengan prestasi pasukan pemanah negara, namun mengakui Perancis bernasib baik semalam.
Beliau berkata Muhammad Akmal yang membuat penampilan sulung dan kurang pengalaman ternyata tidak dapat memantapkan pasukan, sedangkan trio negara sepatutnya boleh mempamerkan aksi lebih baik.
"Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana pasukan itu sepatutnya mempunyai anggota yang sama kuat," katanya.
Trio negara itu akan bersaing dalam pusingan individu pada Isnin.
Untuk rekod, Khairul berada di ranking ke-22, Haziq (50) dan Akmal (55) daripada 64 pemanah di Rio.
Topic Berkaitan
#Lee Jae Hyung
#memanah
#recurve lelaki
#Rio 2016
#Tan Sri Muhammad Al Amin Abdul Majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan