awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rio 2016: Pingat gangsa Azizulhasni hasil pengorbanan keluarga

Bernama
Bernama
17/08/2016
08:28 MYT
Rio 2016: Pingat gangsa Azizulhasni hasil pengorbanan keluarga
Athiah IIyana Abdul Samad, 30 (kiri) bersama keluarga melihat suaminya, Azizulhasni Awang menerusi televisyen selepas meraih pingat kedua bagi Malaysia dalam Sukan Olimpik Rio de Janeiro di kediamannya di Taman Meru hari ini. - Foto Bernama
Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang isteri apabila melihat pengorbanan selama ini untuk memastikan impian suami tercapai membuahkan hasil.
Athiah Ilyana Abd. Samat, 30, isteri kepada jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang berkata fokus suaminya dalam misi merangkul pingat emas Olimpik Rio 2016 berbeza daripada dua temasya sebelum ini.
"Tahun ini, kesungguhan beliau berbeza berbanding semasa Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012 termasuklah dari segi pemakanan.
"Malah, dia pastikan tepat 9 malam akan masuk tidur. Bagi memastikan tiada gangguan anak-anak, dia tidur di bilik berlainan kerana perlu bangun awal pagi untuk latihan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Azizulhasni, 28, menyumbang pingat gangsa kepada Malaysia menerusi acara keirin pada Sukan Olimpik Rio awal pagi tadi.
Athiah Ilyana yang mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang arkitek dari Universiti Deakin, Geelong, Australia sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa demi menjaga dua anak mereka selain mengikut suaminya yang berpangkalan di Melbourne sejak 2007.
Azizulhasni dan Athiah Ilyana berkahwin pada Januari 2010 dan mempunyai dua anak perempuan iaitu Amna Mariyam, 3, dan Amna Khadeeja, 11 bulan.
"Di Melbourne saya perlu jaga makan minum dia kerana sebagai atlet dia tidak makan makanan yang berminyak. Kadang-kadang jadual yang padat menyebabkan masa bersama keluarga kurang," katanya.
Tambah Athiah Ilyana yang kali terakhir berjumpa suaminya pada Ramadan lalu, mereka sekeluarga akan kembali ke Melbourne bulan depan kerana suaminya akan menyertai satu kejohanan antarabangsa pada Oktober.
Sementara itu, ibu Azizulhasni, Selamiah Yong, 52, berkata beliau tiba di Ipoh dari Dungun, Terengganu dua hari lepas untuk bersama-sama besan, menantu dan cucu menyaksikan detik bersejarah itu.
BACA: Tempa sejarah di Rio, Azizulhasni 'hero' rakyat Malaysia
BACA: Rio 2016: Jantung saya berdegup kencang, pembatalan menghantui saya - Azizulhasni
[GALERI FOTO]: Rio 2016: Sebutir pingat, hadiah Azizulhasni buat negara
"Macam-macam perasaan ada, takut, gembira, suka semua ada dan kami sekeluarga bangga denganya," katanya menambah telah dihubungi Azizulhasni yang digelar oleh 'Rocket Pocket Man' kira-kira 8 pagi tadi bagi menyatakan kegembiraan.
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Olimpik Beijing 2008
#Olimpik London 2012
#Rocket Pocket Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan