Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang yang melakar sejarah meraih pingat gangsa berbasikal Sukan Olimpik Rio.

Ahmad Razif berkata kejayaan menerusi perlumbaan akhir Keirin lelaki itu amat membanggakan dan sangat bermakna bagi Terengganu kerana anak jati Dungun itu mampu seiring dengan jaguh dunia.

Wawancara khas Astro Arena bersama Azizulhasni Awang

"Saya yakin kejayaan Azizulhasni ini akan menjadi peniup semangat kepada pelumba berbasikal yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

BACA: Rio 2016: Terlepas emas, Azizulhasni anda tidak perlu mohon maaf - KJ

BACA: Tempa sejarah di Rio, Azizulhasni 'hero' rakyat Malaysia

FOTO: Sebutir pingat, hadiah Azizulhasni buat negara

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan menyediakan insentif khas kepada untuk Azizulhasni atas kejayaan itu.

"Terima kasih Azizulhasni yang tidak pernah lelah membawa semangat Malaysia ke persada dunia. Terima kasih juga kepada semua jurulatih dan keluarganya. Rakyat Terengganu bangga dengan 'The Pocket Rocket Man'," katanya.