Rio 2016: Terlepas emas, Azizulhasni anda tidak perlu mohon maaf - KJ

Madiha Abdullah
Ogos 17, 2016 02:14 MYT
Azizulhasni kini mensasarkan Sukan Olimpik Tokyo pula, yang akan berlangsung empat tahun lagi.
TIDAK kira apa jenis sukan, kita selalu dimomokkan dengan kepercayaan bahawa atlet Malaysia sukar bersaing di peringkat antarabangsa kerana saiz yang kecil jika dibandingkan dengan atlet luar.
Namun saiz bukan segala-galanya. Itu yang dibuktikan jaguh trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang, apabila membawa pulang pingat gangsa dari temasya sukan berprestij, Sukan Olimpik.
Jika dilihat dari segi saiz, Azizul sememangnya jauh 'ketinggalan' dari peserta negara lain. Namun nyata, semangatnya besar dan tidak sesekali menjadikan saiz itu sebagai alasan.
Wawancara khas Astro Arena bersama Azizulhasni Awang
Dan semangat itulah yang dibawa ke Rio, dan ia berjaya diterjemahkan kepada genggaman pingat buat negara tercinta.
LIHAT GALERI FOTO: Rio 2016: Sebutir pingat, hadiah Azizulhasni buat negara
Semangat dan sifat tidak putus asa 'the pocket rocket man' itu turut mendapat pujian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang turut berada di Velodrom Rio, di mana pemuda berusia 28 tahun itu melakar sejarah.

Budak Dungun Ganu diri atas podium dengan Mat Salleh2 tinggi Petronas tower. Only the size of your heart matters. pic.twitter.com/MclSZeR796

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khairy sebelum itu memaklumkan, Azizul dengan rendah diri terlebih dulu meminta maaf kerana hanya mampu menghadiahkan pingat gangsa untuk negara.

Such a champion. First thing he says, "Chief, I'm sorry it wasn't gold." Don't be sorry @AzizulAWANG. We salute you. pic.twitter.com/xfucGa1JOo

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun kata Khairy, tiada yang perlu dikesalkan kerana gangsa tetap satu pencapaian yang membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia.
Dalam temuramah dengan Astro ARENA selepas kemenangannya, Azizul ada memberitahu bahawa dia mensasarkan untuk terus aktif dan akan berusaha untuk menyertai Sukan Olimpik di Tokyo, pada tahun 2020.
#Azizulhasni Awang #berbasikal #keirin #Rio 2016 #Sukan Olimpik