[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Rio 2016: V Shem-Wee Kiong sudah boleh mulakan pemburuan emas di Tokyo - Netizen

Nizam Bakeri 20/08/2016 | 03:58 MYT
Goh-Tan menyumbang satu lagi koleksi pingat dalam kempen Olimpik negara - Foto fail
AKSI sengit beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong menentang pasangan China dalam perlawanan pingat emas pada Jumaat meraih tumpuan rakyat Malaysia.
Sekalipun tewas, netizen memuji prestasi Goh-Tan sebagai beregu di tangga ke-12 dunia yang mampu menewaskan lawan berprofil tinggi sehingga layak ke perlawanan akhir.
Kesungguhan sehingga ke saat akhir membuktikan prestasi mereka sebagai gandingan mantap apatah lagi berdepan dengan Fu Haifeng-Zhang Nan yang lebih berpengalaman.
Temasya Olimpik London empat tahun lalu menyaksikan Fu Haifeng memenangi emas beregu lelaki bersama Cai Yun manakala Zhang Nan meraih emas beregu campuran bersama Zhao Lei.
Pada usia 27 tahun, para peminat badminton turut mengharap pasangan Goh-Tan dapat meneruskan pemburuan emas Olimpik mereka apabila Tokyo mengambil alih tugas Rio De Janeiro sebagai tuan rumah pada tahun 2020.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BACA: Syukur Wee Kiong bawa pulang perak untuk negara - Anggota keluarga
BACA: Aksi cemerlang V Shem dapat pujian bapa
#beregu lelaki #Goh V Shem #Olimpik Rio #Rio 2016 #Tan Wee Kiong