awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Robert Lewandowski curi tumpuan

Astro Arena
Astro Arena
06/10/2015
00:00 MYT
Robert Lewandowski curi tumpuan
Lewandowski memulakan rekod tersebut ketika Bayern membelasah musuh ketat VFL Wolfsburg 5-1.
DALAM empat perlawanan terakhir, penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski telah meledakkan 12 gol sekali gus membuktikan sentuhan magis di hadapan pintu gol bukan sahaja dimiliki oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Lewandowski memulakan rekod tersebut ketika Bayern membelasah musuh ketat VFL Wolfsburg 5-1 di mana penyerang Poland itu menyumbat lima jaringan gol dalam hanya sembilan minit beraksi di atas padang.
Pameran aksi dua gol menentang Mainz dan Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga juga diirinigi hatrik menentang Dinamo Zagreb dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
Tentunya tugas beliau lebih mudah dengan kehadiran Thomas Muller dan pemain baru Douglas Costa yang menjadi pemain pujaan penyokong Bayern menerusi pameran aksi yang lebih mantap daripada Arjen Robben dan Frank Ribery musim ini.
Walaupun Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo ternyata berbisa dan merupakan ikon generasi kini bersama kelab masing-masing, kebanyakkan peminat memberi pandangan bahawa gelaran Ballon d'Or berpihak pemain yang memiliki bilangan jaringan gol yang lebih.
Kecederaan kepada Messi memaksanya terlepas aksi perlawanan selama 8 minggu dan memberi peluang kepada Lewandowski untuk mempamerkan aksinya dengan lebih konsisten namun Ronaldo pasti memikirkan yang sama (10 gol secara keseluruhan).
Biarpun terlalu awal untuk menentukan Ballon d'Or 2016, mampukah Robert Lewandowski mengambil alih taktha itu daripada Messi dan Ronaldo buat pertama kali sejak bintang Brazil, Kaka dinobatkan pada tahun 2007? Aksi konsisten, jaringan gol dan kutipan piala mampu merealisasikan hasrat itu.
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#Cristiano Ronaldo
#gol
#Lionel Messi
#Robert Lewandowski
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan