awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rodgers semakin hampir ke Old Trafford ganti Solskjaer?

Dagang News
Dagang News
15/11/2021
03:41 MYT
Rodgers semakin hampir ke Old Trafford ganti Solskjaer?
Reaksi Brendan Rodgers ketika perlawanan EPL antara Leeds United dan Leicester City di Elland Road, Leeds, Britain, 7 Nov, 2021. REUTERS
LONDON: Khabar angin menyatakan Brendan Rodgers bakal menggantikan Ole Gunnar Solskajaer semakin kuat apabila dipercayai mula mencari kediaman di Chesire berdekatan dengan Manchester.
Menurut The Sun, pengurus Leicester itu bergerak selangkah lebih dekat kepada tugasan di Old Trafford dengan mencari tempat tinggal di kawasan berdekatan dengan pemain United.
Biarpun lembaga pengarah United terus menyokong Solskjaer selepas kekalahan kepada Liverpool dan Manchester City, namun dipercayai mereka tetap mencari alternatif lain.
Bagaimanapun, lembaga pengarah United memutuskan Rodgers tidak akan diberi dana untuk dibelanjakan pada jendela perpindahan Januari, sebaliknya dia perlu menggunakan sumber pemain sedia ada.
Mereka merasakan dengan menandatangani lebih banyak pemain serta membelanjakan lebih banyak wang bukan penyelesaian terbaik kepada masalah prestasi Red Devils.
Selain Rodgers, United juga dikatakan cuba memujuk legenda Perancis, Zinedine Zidane yang kini tidak bersama mana-mana pasukan.
Rekod Zidane, 49, sebagai pengurus Real sangat sangat menakjubkan dengan merangkul tiga kejuaraan Liga Juara-Juara, selain dua gelaran La Liga, namun dia pasti sama ada menjadi pengurus United adalah perkara tepat.
United berharap hubungan baik Zidane dengan Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane dapat meyakinkannya untuk datang ke Old Trafford.
Artikel asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Brendan Rodgers
#Ole Gunnar Solskajaer
#Manchester United
#Zinedine Zidane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan