SUKAN

Rodrigo Holgado abadikan penampilan pertama bersama Harimau Malaya dengan cara unik

Astro Arena 26/09/2025 | 04:15 MYT
Holgado berkongsi koleksi pelindung kaki (shin pad) yang akan digunakannya dalam perlawanan. - Stadium Astro
PENGGEMPUR Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, mengabadikan momen pertamanya mewakili skuad kebangsaan dengan cara yang agak unik.


Ringkasan AI
  • Rodrigo Holgado abadikan momen istimewa dengan memaparkan gambar keluarga dan detik gol pertama bersama Harimau Malaya pada pelindung kaki bertulis -Familia-.
  • Debut bersama skuad kebangsaan berlaku ketika Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam kelayakan Piala Asia pada 10 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Holgado menjaringkan gol walaupun cedera, beraksi dengan kepala berbalut selepas pendarahan dan tetap meledak pada minit ke-59.


Holgado, 30, dalam satu hantaran Instagram Story semalam, berkongsi koleksi pelindung kaki (shin pad) yang akan digunakannya dalam perlawanan.

Pelindung kaki berkenaan memaparkan momen-momen istimewanya bersama keluarga, termasuk detik di mana dia menjaringkan gol sewaktu melakukan penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil beserta tulisan 'Familia'.

Holgado melakukan penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya ketika skuad negara membelasah Vietnam 4-0 dalam pusingan kelayakan Piala Asia pada 10 Jun lalu.

Ketika itu, dia mengalami pendarahan dan terpaksa beraksi dengan kepala berbalut tetapi masih mampu menjaringkan gol pada minit ke-59. -- Stadium Astro



#Rodrigo Holgado #harimau Malaya #abadikan momen #menentang Vietnam