SUKAN
Rodrigo Holgado mohon cuti tanpa gaji demi selesai isu dokumentasi
America de Cali pada Jumaat menjelaskan, Rodrigo Holgado telah pun memohon cuti tanpa gaji untuk pulang ke Malaysia atas urusan hukuman penggantungan FIFA. - Foto Astro ARENA
PENYERANG Harimau Malaya, Rodrigo Holgado memohon cuti tanpa gaji kepada America de Cali untuk pulang ke Malaysia dan menyelesaikan isu penggantungan FIFA.
Sebelum ini, Rodrigo Holgado dilaporkan sudah selamat tiba di Malaysia beberapa hari selepas nama penyerang kelahiran Colombia ini dikenakan penggantungan oleh FIFA selama 12 bulan.
Hukuman daripada badan induk bola sepak dunia tersebut dijatuhkan selepas terdapat dakwaan pemalsuan dokumen sebelum Rodrigo Holgado melakukan penampilan pertama bersama Malaysia.
Oleh itu, Holgado segera membuat keputusan untuk terbang ke Malaysia dengan harapan agar isu yang melibatkan beliau dan 6 pemain warisan yang lain mampu diselesaikan dengan segera.
”Rodrigo Holgado kini berada di Malaysia bersama wakilnya. Pemain America de Cali itu berangkat selepas dikenakan sekatan FIFA terhadap pasukan kebangsaan dan 6 pemain lain,” lapor Nany Florez.
“Penyerang itu berharap situasi tersebut dapat diselesaikan dengan mengambil kira tempoh 10 hari untuk melakukan rayuan,” tambah wartawan itu lagi.
Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan, America de Cali pada Jumaat menjelaskan bahawa Rodrigo Holgado telah pun memohon cuti tanpa gaji untuk pulang ke Malaysia atas urusan hukuman FIFA tersebut.
”Akhir sekali, dilaporkan bahawa pemain Rodrigo Holgado telah memohon dan mendapat cuti tanpa gaji untuk pergi ke Malaysia,” jelas pihak kelab America de Cali.
“(Permohonan ini dilakukan) untuk membincangkan secara peribadi situasi berkaitan hukuman yang dikenakan ke atas beliau dan persekutuan (FAM) oleh badan tatatertib FIFA.”
Sehingga kini, FAM masih belum mengemas kini sebarang makluman rasmi mengenai hukuman yang dikenakan oleh FIFA itu dengan badan induk bola sepak Malaysia itu masih menanti dokumen penuh keputusan penghakiman.
Selain Holgado, 6 lagi pemain yang digantung 12 bulan oleh pihak FIFA adalah Facundo Garces, Imanol Manchuca, Jon Irazabal, Hector Hevel, Joao Figueiredo dan Gabriel Palmero.-MB