SUKAN
Roger Federer kini atlet bilionair ketujuh dunia – Forbes
Sepanjang kariernya, Federer mengumpul kira-kira AS$1 bilion menerusi usaha di luar gelanggang, sekali gus menjadikannya pemain tenis dengan pendapatan tertinggi selama 16 tahun berturut-turut. - Gambar fail Reuters
IKON tenis Switzerland, Roger Federer kini secara rasmi menyertai senarai eksklusif atlet bilionair, menurut anggaran terbaharu yang diterbitkan majalah kewangan Forbes pada Jumaat.
Legenda tenis berusia 43 tahun itu yang bersara pada 2022 dianggarkan memiliki nilai kekayaan bersih mencecah AS$1.1 bilion (RM4.2 bilion), sebahagian besarnya hasil pegangan minoriti dalam jenama kasut dan pakaian sukan Switzerland, On.
Sepanjang kariernya, Federer mengumpul kira-kira AS$1 bilion menerusi usaha di luar gelanggang, sekali gus menjadikannya pemain tenis dengan pendapatan tertinggi selama 16 tahun berturut-turut – walaupun hadiah kemenangan beliau lebih rendah berbanding seteru utama, Novak Djokovic dan Rafael Nadal.
Pada 2020, Federer merekodkan pendapatan sebelum cukai sebanyak AS$106.3 juta, angka tertinggi di dunia ketika itu.
Dengan pencapaian ini, Federer menjadi pemain tenis kedua dalam sejarah bergelar bilionair selepas Ion Țiriac dari Romania, juara beregu lelaki Terbuka Perancis 1970 yang membina kekayaan melalui pelaburan selepas kejatuhan komunisme.
Senarai atlet bilionair Forbes turut menyenaraikan bintang bola keranjang Michael Jordan, Magic Johnson, LeBron James serta bekas pemain Milwaukee Bucks, Junior Bridgeman. Tiger Woods melengkapkan senarai, sekali gus menjadikannya bersama James sebagai satu-satunya atlet yang bergelar bilionair ketika masih aktif bertanding.
Dalam perkembangan lain, Carlos Alcaraz diumumkan Forbes sebagai pemain tenis aktif dengan pendapatan tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut, meraih AS$48.3 juta sepanjang 12 bulan lalu.
Sebelum ini, hanya Federer, Djokovic dan Naomi Osaka pernah mengatasi angka itu dalam setahun.
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, pula berada di tempat kedua dengan pendapatan AS$47.3 juta – hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, AS$20.3 juta datang terus daripada tenis, menjadikannya rekod ketiga tertinggi sejak Forbes mula merekodkan data berkenaan.
Hanya Djokovic pada 2016 dan 2019 pernah mengutip lebih banyak pendapatan terus daripada gelanggang dalam tempoh setahun.
Berada di tempat ketiga ialah Coco Gauff dengan AS$37.2 juta, sekali gus muncul sebagai atlet wanita dengan pendapatan tertinggi sepanjang setahun lalu.
Menariknya, buat pertama kali sejak 2010 (Federer, Maria Sharapova dan Nadal), tiga atlet teratas semuanya berusia bawah 30 tahun.
Secara keseluruhan, 10 pemain tenis dengan pendapatan tertinggi tahun ini mengumpul AS$285 juta, meningkat 16 peratus berbanding tahun lalu, namun masih rendah daripada rekod tertinggi AS$343 juta pada 2020. - Agensi