Roland Garros: Rafael Nadal tarik diri akibat cedera pergelangan tangan

AFP
Mei 27, 2016 15:26 MYT
Rafael Nadal merupakan pemain pilihan keempat kejohanan - Foto fail
Juara Terbuka Perancis sembilan kali Rafael Nadal menarik diri pada Jumaat akibat kecederaan pergelangan tangan kiri.
"(Pergelangan tangan) tidak patah, tetapi kalau saya terus bermain, ia akan patah beberapa hari lagi," jelas Nadal penuh emosi, yang juga pemain pilihan empat kejohanan.
"Ini keadaan yang buruk, tetapi inilah kehidupan.
"Kalau ini bukan Roland Garros, saya mungkin tidak akan mengambil risiko bermain pada beberapa hari pertama."
#Rafael Nadal #Roland Garros #Terbuka Perancis