Ronaldo akan kembali beraksi

Astro Awani
Oktober 6, 2018 00:38 MYT
Cristiano Ronaldo beraksi bersama pemain Napoli Raul Albiol ketika perlawanan Serie A antara Juventus dan Napoli di Stadium Allianz, Turin, Itali, 29 Sept, 2018. REUTERS
Selepas direhatkan untuk satu perlawanan, jurulatih Juventus Massimiliano Allegri mengesahkan Cristiano Ronaldo akan kembali beraksi.
Ronaldo disenaraikan semula dalam kesebelasan utama, untuk aksi Serie A menentang Udinese pada Sabtu.
Allegri berkata pada satu sidang media pada Jumaat, Ronaldo "dalam keadaan baik" dan "sedia untuk muncul kembali."
Pemain kebangsaan Portugal itu sebelum ini direhatkan gara-gara tumpuan umum selepas dakwaan rogol ke atasnya didedahkan.
Dia bagaimanapun menafikan tuduhan yang dibuat Kathryn Mayorga berhubung kejadian yang didakwa berlaku di Las Vegas pada 2009.
BACA: Polis Las Vegas buka semula kes rogol Ronaldo
BACA: Majalah Jerman berdepan saman selepas lapor dakwaan wanita dirogol Cristiano Ronaldo
Allegri sebelum ini menegaskan, Ronaldo telah menunjukkan sikap profesional dalam berdepan tuduhan berkenaan.
Ronaldo berpindah ke Juventus dari Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai hampir 1 bilion pound Julai lalu.
#bola sepak #Cristiano Ronaldo #dakwaan #jurulatih #Juventus #Kathryn Mayorga #Massimiliano Allegri #rogol #Udinese