SPORTS
Ronaldo cetus spekulasi mengenai masa depan bersama Al Nassr
Kekalahan Al Nassr kepada Al Fateh menyebabkan mereka gagal layak ke Liga Juara-Juara AFC. - Gambar fail/ AP
LONDON: Cristiano Ronaldo mencetus spekulasi mengenai masa depannya selepas memuat naik mesej berbaur tersirat di media sosial, sebaik tamat aksi terakhir musim ini bersama Al Nassr.
Ringkasan AI
Bintang Portugal itu menjaringkan gol pembukaan dalam kekalahan 2-3 kepada Al Fateh pada awal pagi Isnin, yang dikatakan sebagai jaringan kelab ke-800 dalam kariernya -- berkemungkinan menjadi aksi perpisahan bersama kelab Liga Pro Saudi itu.
Al Nassr longlai di penghujung perlawanan apabila pintu gawangnya dibolosi dua gol dalam 10 minit terakhir, sekali gus terlepas kelayakan Liga Juara-Juara AFC.
Tak lama selepas perlawanan, Ronaldo memuat naik kenyataan ringkas di media sosial:"Bab ini telah tamat. Ceritanya? Masih ditulis. Terima kasih kepada semua."
Mesej itu disertai gambar dirinya mengenakan jersi Al Nassr, sekali gus mencetuskan tanda tanya tentang langkah seterusnya buat legenda berusia 39 tahun itu.
Minggu lalu, Presiden FIFA Gianni Infantino mendedahkan bahawa terdapat perbincangan untuk membolehkan Ronaldo tampil dalam Piala Dunia Kelab yang dijadual berlangsung musim panas ini.
Meskipun Al Nassr tidak layak ke kejohanan 32 pasukan itu, kenyataan Infantino dalam satu sesi bersama YouTuber terkenal, IShowSpeed, menghidupkan semula spekulasi mengenai masa depan Ronaldo -- terutama selepas FIFA mengumumkan jendela perpindahan khas antara 1 hingga 10 Jun.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Cristiano Ronaldo mencetus spekulasi masa depan selepas memuat naik mesej berbaur perpisahan di media sosial sejurus tamat musim bersama Al Nassr.
- Kekalahan Al Nassr kepada Al Fateh menyebabkan mereka gagal layak ke Liga Juara-Juara AFC, dan Ronaldo dikatakan telah menjaringkan gol kelab ke-800 dalam kariernya.
- Presiden FIFA menyatakan kemungkinan Ronaldo akan tampil dalam Piala Dunia Kelab 2025, walaupun Al Nassr tidak layak, berikutan jendela perpindahan khas yang dibuka 110 Jun.