[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Ronaldo desak Al-Nassr sambar Casemiro dari Manchester United

Astro Arena 29/01/2025 | 09:02 MYT
Ronaldo berpotensi bergabung semula dengan bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Casemiro.- Foto Stadium Astro
PENYERANG Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, berpotensi bergabung semula dengan bekas rakan sepasukannya, Casemiro, apabila dia dikhabarkan meminta majikannya itu untuk menandatangani pemain berusia 32 tahun itu dari Manchester United ketika ini.
Ronaldo kini beraksi dalam kancah Liga Pro Saudi selepas meninggalkan United pada Disember 2023 akibat keretakan hubungannya dengan pengurus ketika itu, Erik Ten Hag.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Al-Nassr kini berada di tangga keempat Liga Saudi Pro selepas 17 perlawanan, dengan ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Al-Hilal dan Al-lttihad.
Ronaldo juga dilaporkan telah meminta kelabnya untuk menandatanganinya salah seorang bekas rakan sepasukannya di Real Madrid sebelum ini. -- Stadium Astro

#Cristiano Ronaldo #Al-Nassr #Casemiro #Manchester United