awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo 'gusti' pemain Al Hilal

Sinar Harian
Sinar Harian
19/04/2023
02:50 MYT
Ronaldo 'gusti' pemain Al Hilal
Aksi kekasaran Ronaldo ke atas Cuellar. - Foto Agensi/Sinar Harian
CRISTIANO Ronaldo mendapat kad kuning kedua dalam kariernya bersama Al Nassr selepas melakukan gerakan yang kelihatan lebih menarik di gelanggang gusti WWE berbanding di padang bola sepak.
Ronaldo dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Michael Oliver ketika tewas 0-2 kepada Al Hilal pada Rabu selepas melakukan kekasaran merangkul kepala pemain lawan, Gustavo Cuellar dan menariknya sehingga terjatuh.
Selain insiden itu, Ronaldo juga dilaporkan menunjukkan kekesalannya akibat tewas perlawanan itu dengan menendang botol di tepi padang.
Dalam perlawanan tersebut, bekas penyerang Manchester United, Odion Ighalo meledak dua gol menerusi sepakan penalti untuk memberikan kemenangan kepada pasukannya.
Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada harapan Ronaldo untuk memenangi Liga Pro Saudi pada musim pertamanya bersama Al Nassr.
Pendahulu liga, Al-Ittihad mengukuhkan kedudukan dan kini unggul tiga mata daripada Al Nassr dengan satu perlawanan dalam tangan.
Ronaldo telah menjaringkan 11 gol dalam 13 perlawanan pertamanya untuk Al Nassr dan turut menerima dua kad kuning. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Al Nassr FC
#kekasaran
#kad kuning
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan