SUKAN

Ronaldo hantar jersi berserta mesej kepada Trump!

Astro Arena 17/06/2025 | 08:45 MYT
Jersi itu disampaikan semasa Sidang Kemuncak G7 di Kanada, melalui Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa. - Stadium Astro
BINTANG ternama bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, akhirnya menggunakan pengaruh yang dimilikinya itu untuk menghantar mesej yang jelas kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, agar terus memainkan peranan yang lebih adil dan jelas ke arah mencari kedamaian di peringkat global.

Ringkasan AI
  • Cristiano Ronaldo mengirim jersi Portugal bertandatangan kepada Presiden Donald Trump, dengan mesej "Bermainlah demi untuk perdamaian," sebagai simbol gesaan terhadap peranan AS dalam meredakan konflik global, khususnya antara Israel dan Iran.
  • Jersi itu disampaikan semasa Sidang Kemuncak G7 di Kanada, melalui Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa, ketika para pemimpin dunia membincangkan isu-isu geopolitik termasuk ketegangan di Asia Barat.
  • onaldo dikenali sebagai penyokong keamanan dan empati terhadap mangsa konflik, termasuk di Gaza dan Palestin, dan mesej ini dilihat sebagai isyarat simbolik terhadap keperluan peranan lebih adil oleh AS dalam isu dunia Islam.

Menerusi satu rakaman video yang berlegar ketika ini, bekas penyerang Manchester United itu mengirimkan jersinya bersama Portugal siap dengan tandatangannya serta mesej kepada presiden negara Uncle Sam itu.
"Presiden Trump, bermainlah demi untuk perdamaian," jelas titipan pesanan yang ditulis oleh Ronaldo di atas jersi tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kiriman Ronaldo itu sebenarnya hadir ketika dua negara di Asia Barat ketika ini sedang bergolak dan berbalas serangan membabitkan rejim zionis Israel dan juga Iran.
Ronaldo yang kini lebih dikenali di negara-negara Arab sejak menyertai kelab bola sepak Al-Nassr dalam kancah Liga Pro Saudi juga cukup dikenali dengan sokongannya terhadap Palestin selama ini.
Mesej Ronaldo kepada Trump ini juga dilihat langkah terbaik yang mampu dilakukanya dalam menyatakan sokongan terhadap negara Islam itu selain mahukan AS yang selama ini mendokong kekejaman Israel berperanan lebih adil kepada negara-negara Islam di dunia ketika ini. -- Stadium Astro
#Cristiano Ronaldo #guna pengaruh #hantar jersi Portugal #Donald Trump #Iran #Israel