BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo berada dalam kelas tersendiri apabila memecahkan rekod penampilan antarabangsa pemain lelaki terbanyak.
Malah lebih manis ia diraikan dengan dua jaringan ketika Portugal membelasah Liechtenstein 4-0 dalam kelayakan Euro 2024.
Pemain berusia 38 tahun itu membuat penampilan ke-197 buat negaranya di Lisbon selepas disenaraikan untuk memulakan aksi dalam kesebelasan utama.
Kapten Portugal itu menjaringkan gol pada minit ke-51 menerusi penalti selepas dua gol awal dari Joao Cancelo dan Bernardo Silva, sebelum menyudahkan sepakan percuma 12 minit kemudian.
Ia membolehkan Ronaldo melebarkan rekod 120 gol buat negaranya dan menjadi pemain pertama dapat meledak 100 kali dalam saingan antarabangsa kompetitif.
"Mencipta rekod adalah motivasi buat saya," ujarnya.
Catatan rekod gemilang itu belum cukup buat Ronaldo apabila optimis memasang impian untuk melakar lebih banyak sejarah.
"Saya mahu menjadi pemain paling banyak beraksi dalam sejarah. Itu akan membuatkan saya bangga.
"Bagaimanapun, ia tidak akan terhenti di sini sahaja, saya sentiasa mahu disenaraikan dengan kerap," katanya.
Ronaldo melakukan penampilan antarabangsa pertama pada 2003.
Dia juga menjadi pemain pertama dapat menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia tahun lalu sebelum Portugal kalah kepada Maghribi di suku akhir.
Ronaldo ketika ini beraksi dengan kelab Arab Saudi, Al Nassr selepas memutuskan hubungan buat kali kedua dengan Manchester United.
Penampilan Ronaldo sebagai pemain gantian ketika Portugal tewas kepada Maghribi menyamai rekod 196 kali yang dipegang pemain Kuwait, Bader Al-Mutawa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 24 2023

Ronaldo memecah rekod penampilan terbanyak di pentas antarabangsa. (Foto AP)

Amber Heard seronok duduk Sepanyol, sudah move on daripada Johnny Depp
Setelah melalui episod perceraian dan perseteruan di mahkamah yang tidak menyebelahinya, Amber Heard membawa diri berpindah ke Sepanyol.

ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Kenyataan Perancis tolak sebarang cubaan mencabar kedaulatan Malaysia - Zambry
Zambry dan Colonna membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, hari ini.

Netizen samakan Watie dengan watak Anjali Sharma dalam filem Kuch Kuch Hota Hai
Masih tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya majlis pernikahan pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu dengan pilihan hatinya, Watie Hanafiah.

119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia
Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

Ketua Polis P. Pinang tidak tunduk dengan ugutan
Katanya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan atau ancaman oleh mana-mana sindiket haram terhadapnya.

MATA dalam misi tarik jemaah haji dan umrah China untuk transit ke Malaysia
MATA sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah daripada negara China, untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.

Ronaldo gagal menang liga bersama Al Nassr
MUSIM pertama Cristiano Ronaldo di Arab Saudi berakhir tanpa trofi apabila Al-Nassr terpaksa akur Piala Liga Pro Saudi itu menjadi milik Al-Ittihad.

Zidane tolak tawaran 150 juta Euro kendali Al-Nassr
Zidane menolak tawaran bernilai 150 juta Euro (RM746 juta) selama dua tahun untuk bertemu semula dengan Cristiano Ronaldo di Al-Nassr.

Ronaldo bersujud selepas ledak gol kemenangan Al Nassr
Sambutan gol pemain berusia 38 tahun itu juga meraih perhatian apabila menukar sambutan yang biasa dilakukannya iaitu 'siuuu' kepada sujud.

Ronaldo hidupkan peluang Al Nassr
Ronaldo menghidupkan semula harapan tipis Al-Nassr untuk memenangi gelaran Liga Pro Saudi pada musim pertamanya di kelab itu selepas menjaringkan penalti dalam kemenangan 2-0 ke atas Al-Ta'ee.

Cristiano Ronaldo atlet dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes
Ronaldo yang memeterai kontrak dengan Al-Nassr sehingga 2025 selepas meninggalkan Manchester United menerima AS$136 juta.

Ronaldo bakal tinggalkan Al Nassr
Menurut laporan media Eropah, Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah menawarkan Ronaldo peranan sebagai duta di kelab itu.

Presiden kelab Al-Nassr, Al-Muammar letak jawatan
Presiden kelab dinaungi Ronaldo letak jawatan kerana tekanan peminat susulan dua kekalahan dalam tempoh seminggu.

Presiden Atletico mahu lihat Messi, Ronaldo kembali ke LaLiga
Enrique Cerezo, mahu melihat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kembali ke saingan LaLiga sebelum kedua-dua pemain legenda itu bersara.

Ronaldo 'gusti' pemain Al Hilal
Ronaldo melakukan kekasaran merangkul kepala pemain lawan, Gustavo Cuellar dan menariknya sehingga terjatuh.

Rudi Garcia tinggalkan Al Nassr, Cristiano Ronaldo bakal dikendali jurulatih baharu
Pengendali kelahiran Croatia, Dinko Jelicic, yang kurang dikenali diberi peluang mengendalikan Cristiano Ronaldo dalam saingan Liga Pro Saudi.