SUKAN
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
Ronaldo menyatakan bahawa Piala Dunia akan datang di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada bakal menjadi penampilan terakhirnya di pentas dunia. - Gambar fail
BERLIN: Cristiano Ronaldo mengulangi hasratnya untuk terus beraksi sehingga beliau mencapai 1,000 gol sepanjang karier bola sepaknya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Kapten Portugal berusia 40 tahun itu menambah koleksi golnya kepada 956 selepas menjaringkan dua gol pada Sabtu untuk kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan berkata semasa majlis Globe Soccer Awards di Dubai pada Ahad bahawa sasaran berkenaan kekal menjadi matlamatnya.
"Anda tahu apakah matlamat saya. Saya mahu memenangi trofi dan saya mahu mencapai angka yang anda semua sedia maklum. Saya pasti akan mencapainya jika tidak mengalami kecederaan," katanya selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik Timur Tengah.
Bekas bintang Real Madrid, Manchester United dan Juventus itu turut menyatakan bahawa Piala Dunia akan datang di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada bakal menjadi penampilan terakhirnya di pentas dunia.
Namun begitu, kerjayanya di peringkat kelab dijangka berterusan apabila kontrak terbaharunya bersama Al-Nassr akan tamat pada musim 2027.
"Memang sukar untuk terus bermain, tetapi saya masih bermotivasi," kata Ronaldo.
"Semangat saya masih tinggi dan saya mahu terus bermain. Tidak kira di mana saya beraksi, sama ada di Timur Tengah atau Eropah. Saya sentiasa menikmati permainan bola sepak dan mahu terus beraksi."
Ronaldo, yang pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak lima kali, telah menjaringkan 143 gol bersama pasukan kebangsaan Portugal, 140 gol dalam Liga Juara-Juara Eropah, 450 gol bersama Real Madrid, serta masing-masing lebih 100 gol untuk Manchester United, Juventus dan Al-Nassr.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Cristiano Ronaldo berhasrat untuk terus beraksi sehingga mencapai 1,000 gol sepanjang kariernya, dengan koleksi gol terkini ialah 956 selepas menjaringkan dua gol untuk kelab Arab Saudi, Al-Nassr.
- Ronaldo menyatakan bahawa Piala Dunia akan datang di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada bakal menjadi penampilan terakhirnya di pentas dunia, namun kerjayanya di peringkat kelab dijangka berterusan hingga kontrak bersama Al-Nassr tamat pada musim 2027.
- Berusia 40 tahun, Ronaldo, yang pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak lima kali, telah menjaringkan 143 gol bersama pasukan kebangsaan Portugal, 140 gol dalam Liga Juara-Juara Eropah, 450 gol bersama Real Madrid, serta lebih 100 gol untuk Manchester United, Juventus dan Al-Nassr.