awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pemandu warga emas maut, van bawa rombongan terbabas
HIBURAN
[KOLUMNIS] Jalan panjang menuju Laos: Dari Viantiane ke Luang Prabang
DUNIA
41 terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat IRGC di utara Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Ronaldo pilih berehat, tolak tawaran beraksi di Piala Dunia Kelab

Agensi
Agensi
29/06/2025
00:00 MYT
Sponsor Banner
Ronaldo pilih berehat, tolak tawaran beraksi di Piala Dunia Kelab
Ronaldo memilih untuk berehat berbanding menyertai kejohanan Piala Dunia Kelab yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini, meskipun menerima beberapa tawaran untuk beraksi.
RIYADH: Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, mendedahkan beliau memilih untuk berehat berbanding menyertai kejohanan Piala Dunia Kelab yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini, meskipun menerima beberapa tawaran untuk beraksi.
Pendedahan itu dibuat selepas penyerang berusia 40 tahun itu memperbaharui kontraknya bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, untuk tempoh dua tahun lagi - sekali gus mengekalkannya di kelab itu melepasi usia 42 tahun.
"Saya ada terima beberapa tawaran untuk bermain di Piala Dunia Kelab, tetapi bagi saya, ia tidak masuk akal. Saya lebih memilih untuk berehat dan membuat persiapan rapi kerana musim ini akan menjadi sangat panjang," katanya menerusi satu video yang dimuat naik oleh Al-Nassr di platform X, pada Sabtu.
Ronaldo turut menjelaskan, keputusannya itu adalah demi memastikan beliau berada pada tahap terbaik, bukan sahaja untuk Al-Nassr, tetapi juga untuk skuad kebangsaan Portugal.
"Itulah sebab saya hanya bermain perlawanan terakhir Liga Negara-Negara (Nations League) dan tidak memberi perhatian kepada tawaran lain," ujarnya.
Ronaldo turut menegaskan cintanya terhadap kelab berpangkalan di Riyadh itu, yang disertainya pada 2022 selepas meninggalkan Manchester United.
Dalam aksi final Nations League awal bulan ini, Ronaldo menjaringkan satu gol ketika Portugal seri 2-2 menentang juara Eropah, Sepanyol, sebelum menang menerusi penentuan penalti.
Menurut kapten pasukan Portugal itu, hasratnya kekal sama - untuk menjulang kejuaraan utama bersama Al-Nassr.
"Matlamat saya sentiasa ingin memenangi sesuatu yang besar bersama Al-Nassr. Saya masih percaya dengan keupayaan kelab ini, dan itu sebabnya saya perbaharui kontrak selama dua tahun lagi. Saya yakin saya akan muncul juara di Arab Saudi," katanya lagi.
Setakat ini, Ronaldo telah menjaringkan 93 gol dalam 105 penampilan untuk Al-Nassr dalam semua kejohanan.
Beliau juga kini memburu sasaran peribadi untuk melepasi 1,000 gol sepanjang karier, selepas mencatat 794 gol di peringkat kelab dan 138 gol untuk Portugal, menjadikan jumlah keseluruhan 932 gol setakat ini. - Agensi
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Piala Dunia Kelab
#kelab Al-Nassr
#Nations League
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami