SUKAN
Ronaldo rai hari jadi tukang masak, terima pujian peminat
Aksi tersebut ternyata mengundang rasa sebak apabila cef berkenaan dilihat tidak mampu menahan air mata. - Sinar Harian
BINTANG sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo sekali lagi mencuri tumpuan apabila tampil dengan kejutan istimewa sempena sambutan hari jadi cef pasukan berkenaan.
Ringkasan AI
Tanpa sebarang publisiti, pemain berusia 40 tahun itu muncul membawa sebiji kek sebelum menyertai rakan sepasukan menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada cef terbabit.
Aksi tersebut ternyata mengundang rasa sebak apabila cef berkenaan dilihat tidak mampu menahan air mata, malah jelas terkejut dan terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh kapten pasukan itu.
Video pendek yang merakamkan momen itu turut tular di media sosial dan mendapat pujian peminat yang menyifatkan Ronaldo sebagai seorang individu yang bukan sahaja hebat di padang, malah mempunyai jiwa besar dan tahu menghargai orang sekeliling.
Difahamkan, cef berkenaan merupakan antara individu penting dalam memastikan Ronaldo kekal cergas dan berdisiplin dari aspek pemakanan bagi mengekalkan tahap prestasi terbaiknya.
Kejutan tersebut turut dianggap sebagai simbolik kepada penghormatan dan penghargaan yang diberikan Ronaldo terhadap peranan staf pasukan yang sentiasa bekerja di belakang tabir.
Rata-rata peminat menganggap tindakan berkenaan sebagai bukti Ronaldo bukan sekadar ikon bola sepak, tetapi juga sentiasa dekat dengan orang sekeliling. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Kejutan istimewa Ronaldo: Cristiano Ronaldo menghadiahkan kek hari jadi kepada cef pasukan Al-Nassr secara mengejut, mencetuskan momen penuh emosi dan penghargaan.
- Penghargaan terhadap staf: Tindakan Ronaldo dianggap simbolik terhadap penghormatan kepada staf belakang tabir yang memainkan peranan penting dalam menjaga kecergasan dan disiplin beliau.
- Ronaldo dihargai peminat: Peminat memuji sikap rendah diri dan jiwa besar Ronaldo, membuktikan beliau bukan sekadar bintang bola sepak, tetapi juga insan yang menghargai orang sekeliling.