awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan

RTG mampu bantu atlet cemerlang di Olimpik Paris 2024 - Azizulhasni

Bernama
Bernama
13/03/2023
11:37 MYT
RTG mampu bantu atlet cemerlang di Olimpik Paris 2024 - Azizulhasni
Projek RTG kali ini mempunyai mekanisme sedikit berlainan dengan dibarisi ahli jawatankuasa mempunyai kredibiliti, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan luas dalam sukan prestasi tinggi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang optimis sistem baharu yang diperkenalkan dalam projek Road To Gold (RTG) mampu membantu atlet dan jurulatih untuk menghasilkan keputusan cemerlang pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Rocket Pocketman menyifatkan projek RTG kali ini mempunyai mekanisme sedikit berlainan dengan dibarisi ahli jawatankuasa mempunyai kredibiliti, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan luas dalam sukan prestasi tinggi.
"Saya telah terbabit dalam pelbagai program latihan dan saya tak kata program dirangka sebelum ini tidak bagus...tetapi jika kita masih membawa pendekatan lama maka ia akan menghasilkan hasil yang sama.
"Oleh itu, saya berharap sistem baharu diperkenalkan ini dapat membawa impak positif kepada semua yang terlibat dan membawa pulang pingat emas untuk negara," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengumumkan pembentukan pasukan projek RTG bagi menyelaras usaha meraih pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Hannah dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, merupakan pengerusi bersama jawatankuasa RTG.
Pada majlis itu, Hannah turut memaklumkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Mohd Azizulhasni kemungkinan berada dalam projek tersebut kerana proses mengenal pasti calon projek RTG masih di peringkat 'pramatang'.
Projek RTG dianggap sebagai projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di pentas Sukan Olimpik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Road to Gold
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.