Rudiger perjelas penggantungan Chelsea bukan faktor penghijrahannya

Astro Arena
Mei 16, 2022 02:50 MYT
Rudiger (kanan) menegaskan bahawa sekatan yang dikenakan kerajaan UK ke atas pemilik kelab, ekoran pencerobohan Russia ke atas Ukraine, tidak memberi kesan terhadap keputusannya. - Gambar fail/AP
ANTONIO Rudiger berkata sekatan yang dikenakan ke atas Chelsea oleh kerajaan United Kingdom (UK) bukanlah alasan di sebalik keputusannya untuk meninggalkan kelab itu.
Pemain pertahanan Jerman itu telah menjadi pemain penting untuk Thomas Tuchel di Chelsea tetapi tidak bersetuju dengan kontrak baharu.
Oleh itu, bekas bek tengah Roma itu akan pergi pada penghujung musim, dalam perpindahan percuma, dengan Real Madrid bakal destinasinya.
Rudiger telah membantu Chelsea ke empat perlawanan akhir Piala FA - memenangi satu - dan satu kejayaan Liga Juara-Juara sejak menyertai pada 2017.
Piala Super UEFA, Liga Europa dan Piala Dunia Kelab FIFA juga termasuk dalam penghormatannya.
Apabila mengesahkan bahawa Rudiger telah meminta untuk meninggalkan Chelsea pada April, Tuchel mencadangkan faktor sekatan yang dikenakan ke atas pemilik kelab, Roman Abramovic, ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, bermakna The Blues tidak dapat menandingi tuntutan kewangan pemain berusia 29 tahun itu.
Rudiger, bagaimanapun menegaskan, sekatan itu tidak memberi kesan ke atas keputusannya.
“Saya tidak mahu terlalu mendalami perkara ini,” katanya.
“Ada peluang, tetapi sekatan bukan masalahnya. Sudah lima tahun, dengan jatuh bangun, seperti biasa.
"Terdapat banyak perkara positif, tetapi itulah sebabnya saya lebih kecewa, kerana saya mahu mempunyai pengakhiran yang berbeza.
"Ia mengenai kedua-dua pihak. Chelsea hebat buat saya dan saya juga hebat buat Chelsea. Saya sangat, sangat berterima kasih - saya dan keluarga saya.
"Saya menjadi pemain berpengalaman di sini. Anak-anak saya dilahirkan di sini, dan segala-galanya. London, dan terutamanya Chelsea, akan sentiasa istimewa untuk saya."

3 - Chelsea have become the first side since Newcastle United (1974, 1998 & 1999) to lose on three consecutive FA Cup final appearances, having now lost in 2019-20 (v Arsenal), 2020-21 (v Leicester) and tonight v Liverpool. Heartache. pic.twitter.com/oLjWhJtayx

— OptaJoe (@OptaJoe) May 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Antonio Rudiger #Chelsea #penggantungan #perpindahan