awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumusan Rangnick tentang Manchester United ternyata benar - Rio Ferdinand

Astro Arena
Astro Arena
01/01/2025
00:30 MYT
Rumusan Rangnick tentang Manchester United ternyata benar - Rio Ferdinand
Rangnick pernah mencadangkan kelab itu memerlukan rombakan besar-besaran, baik di dalam mahu pun di luar padang.
RIO Ferdinand mengakui rumusan bekas pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick, bahawa kelab itu memerlukan pembedahan jantung tatkala The Red Devils terus bergelut.
United tumpas 0-2 kepada Newcastle United kelmarin dan ini bermakna mereka menamatkan 2024 di tempat ke-14, kedudukan terendah mereka dalam liga sejak 1989.
Kekalahan itu juga menyaksikan The Red Devils buat kali pertama sejak 1979 tewas tiga perlawanan liga berturut-turut di tempat sendiri.
Ruben Amorim juga mengharungi permulaan yang sukar dalam tempoh perkhidmatannya di United setelah menanggung lima kekalahan dalam lapan perlawanan liga pertamanya sebagai pengurus - yang merupakan rekod terburuk untuk pengurus United dalam tempoh 103 tahun.
Ketika Ferdinand mengupas isu-isu yang masih berlegar di United, fikirannya kembali kepada tempoh perkhidmatan Rangnick yang mengemudi United sebanyak 29 perlawanan pada 2021-22.
Pengurus Jerman itu pernah mencadangkan kelab itu memerlukan rombakan besar-besaran,baik di dalam mahu pun di luar padang.
Bercakap di saluranRio Ferdinand Presents, dia berkata: "Ralf Rangnick berkata United memerlukan pembedahan jantung kerana tiada penyelesaian segera. Pandangannya tidak salah!
"Sejauh mana kebenaran kata-kata itu yang sekarang? Dia difitnah dan diejek apabila dia mengatakan kata-kata itu. Padahal dia dipihak yang benar.
"Dan saya fikir Amorim akan duduk dan akan memikirkan perkara yang sama." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Rio Ferdinand
#Ralf Rangnick
#Manchester United kalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan