Rusia antara empat negara minat anjur Euro 2028, 2032

Astro Arena
Mac 24, 2022 03:40 MYT
Pasukan Rusia kini digantung penyertaannya daripada pertandingan UEFA dan FIFA berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine. - Foto Astro ARENA
KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) mengesahkan telah menerima minat rasmi daripada empat pembida untuk hak penganjuran Euro 2028 dan Euro 2032.
United Kingdom (UK) dan Republik Ireland melancarkan bidaan bersama lebih awal untuk Euro 2028 iaitu semalam sementara seorang pegawai Rusia hadir sebagai wakil untuk mengesahkan minat negara itu untuk menganjurkan salah satu edisi berkenaan.
Pasukan Rusia kini digantung penyertaannya daripada pertandingan UEFA dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine, tetapi tuan rumah Piala Dunia 2018 berkenaan tetap meneruskannya hasrat mereka.
Turki turut menyertai Rusia apabila mengumumkan kesediaannya untuk menjadi tuan rumah sambil juara edisi 2020, Itali, menyatakan minat untuk mengadakan Euro 2032.
Tuan rumah bagi kedua-dua kejohanan itu akan diumumkan pada September 2023.
#UEFA #Euro 2028 #United Kingdom #hak penganjuran