awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Russel cipta rekod baharu kebangsaan 200m

Bernama
Bernama
23/03/2019
21:20 MYT
Russel cipta rekod baharu kebangsaan 200m
Russel Alexander Nasir Taib mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara 200m pada Kejohanan Trek Klasik Queensland di Brisbane, Australia.
Atlet muda negara, Russel Alexander Nasir Taib mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara 200m pada Kejohanan Trek Klasik Queensland di Brisbane, Australia, pada Sabtu.
Penuntut University of the Sunshine Coast berusia 21 tahun itu menduduki tangga kedua dengan catatan 20.77 saat, sekali gus memadam rekod terdahulu iaitu 20.90 saat yang dicipta raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017.
Pingat emas dan gangsa, masing-masing dimenangi dua atlet Jepun, Kei Takase dan Daisuke Miyamoto dengan catatan 20.75 saat dan 20.87 saat.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata, beliau agak terkejut dengan persembahan cemerlang yang ditampilkan anak jati Perak itu.
Beliau memaklumkan KOM akan memberikan wang tunai berjumlah RM21,000 iaitu RM20,000 untuk elaun latihan selama dua tahun selain RM1,000 kerana memecahkan rekod kebangsaan.
"Kita akan berusaha mendapatkan penajaan untuk membantu beliau memandangkan beliau tidak mendapat sebarang bantuan kecuali sedikit bantuan daripada Kerajaan Negeri Perak pada Sukma (Sukan Malaysia) 2018.
Kita akan cuba masukkan nama beliau dalam program persediaan ke Sukan SEA 2019 di Filipina kerana beliau berpotensi menyumbang pingat untuk kontinjen negara," kata Karim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#karim ibrahim
#Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia
#Kejohanan Trek Klasik Queensland
#Russel Alexander Nasir Taib
#Sukan SEA
#University of the Sunshine Coast
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan