SUKAN

RWC 2019: Argentina catat kemenangan pertama tundukkan Tonga 28-12

Fareez Azman 28/09/2019 | 11:27 MYT
Pasukan Argentina tundukkan Tongga dalam perlawanan kedua Pool C di Stadium Ragbi Hanazono, Osaka pada Sabtu. - Foto:Twitter@rugbyworldcup
Perlawanan kedua pool C menyaksikan pasukan Argentina mencatatkan kemenangan pertama apabila menundukkan Tonga di Stadium Ragbi Hanazono, Osaka pada Sabtu.

Argentina bermula garang apabila berjaya melakukan try pertama pada minit ke-6 menerusi Julian Montoya dengan conversion disempurnakan Benjamin Urdapilleta.

Pasukan ranking ke-10 itu seolah-olah tidak memberi peluang buat Tonga apabila terus mengutip 21 mata menerusi tiga try dan 3 conversion.

Tonga hanya berjaya mengutip tujuh mata menerusi satu try dan conversion masing-masing disempurnakan Telusa Veainu dan Sonatane Takulua.

Cubaan Tonga untuk bangkit pada separuh masa kedua gagal apabila hanya memperolehi lima mata menerusi try Telusa Veainu pada minit ke-65.

Keputusan itu menyaksikan Argentina di tangga kedua pool C selepas mengumpul enam mata berbanding England dengan 10 mata.

Tonga masih di kedudukan terakhir pool tanpa mengumpul sebarang mata.
#Argentina #England #kejohanan #kemenangan #osaka #Piala Dunia #Pool C #RWC 2019 #stadium