RWC 2019: Uruguay buat kejutan, menang tipis ke atas Fiji

Afiq Ariffin
September 25, 2019 10:42 MYT
Los Teros yang menduduki ranking ke-17 dunia itu berjaya mendahului Flying Fijians ranking ke-12 dengan 24-12 pada separuh masa pertama. -foto REUTERS
Uruguay mengejutkan Fiji dengan kemenangan tipis 30-27 dalam Perlawanan Piala Dunia Ragbi 2019 bagi Pool D yang berlangsung di Stadium Kamaishi, Jepun pada petang Rabu.
Los Teros yang menduduki ranking ke-17 dunia itu berjaya mendahului Flying Fijians yang berada di ranking ke-12 dengan 24-12 pada separuh masa pertama.
Aksi separuh masa pertama menyaksikan Uruguay memperolehi tiga try, tiga conversion dan satu penalti berbanding Fiji yang hanya berjaya menyempurnakan dua try dan satu conversion.
Sebaik babak kedua bermula, Fiji terus menggandakan asakan dan memperolehi tiga try pada minit ke 47, 66 dan 81.
Bagaimanapun dua sepakan penalti yang disempurnakan Felipe Berchesi pada babak kedua memberi kelebihan kepada Uruguay untuk mendahului perlawanan hingga ke wisel penamat.
Sepanjang 80 minit perlawanan Berchesi menyumbang 15 mata menerusi sepakan penalti dan conversion buat Uruguay dalam perlawanan pertama pasukan itu di peringkat kumpulan.
#Fiji #Jepun #Piala Dunia #Piala Dunia Ragbi 2019 #Ragbi #RWC 2019 #Uruguay