KUALA LUMPUR: Sabah FC berjaya merampas kedudukan Johor Darul Ta'zim (JDT) di tangga teratas Liga Super selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.
Skuad Tambadau membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi penyerang import dari Brazil Neto Pessoa.
Sabah meningkatkan jurang lapan minit kemudian selepas pemain import dari Jepun, Taiki Kagayama tangkas mengatasi empat pemain pertahanan sebelum mengegarkan gawang, manakala Sri Pahang mengurangkan defisit menerusi penalti Manuel Hidalgo pada minit ke-60.
Skuad Tok Gajah terdahulu dihadiahkan sepakan penalti selepas tonggak pertahanan Rizal Ghazali menjatuhkan Sean Giannelli di dalam kotak penalti.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berada di persada liga dengan 18 mata selepas lapan perlawanan, kelebihan dua mata berbanding juara lapan kali berturut-turut JDT yang mengumpul 16 mata selepas enam perlawanan setakat ini.
Sementara itu, Melaka United gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk mengatasi Negeri Sembilan apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Hang Jebat.
Terengganu FC pula berjaya keluar dari zon penyingkiran untuk meraih kedudukan keenam selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Dua gol skuad Penyu itu diperolehi menerusi pemain import dari Bahrain, Habib Haroon pada minit ke-74 dan pemain kelahiran Jerman, Manuel Ott pada minit ke-80 di hadapan lebih kurang 6,000 penyokong.
Petaling Jaya (PJ) City FC pula sekadar terikat 1-1 menentang pasukan tercorot carta, Penang FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
PJ City membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi S. Kumaahran apabila rembatannya terkena kepala pemain pertahanan skuad tuan rumah sebelum meluru masuk ke gawang gol.
Namun, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Anselmo da Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande pada minit ke-63.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022

Penyerang pasukan Sabah FC Taiki Kagayama (kiri) melepasi pertahanan pasukan Sri Pahang FC untuk jaringan kedua pasukan Sabah FC dalam saingan Liga Super Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi. --fotoBERNAMA

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gandingan Bergson-Forestieri buat TFC gigit jari di laman sendiri
Perlawanan bertambah rancak apabila TFC bangkit merapatkan kedudukan empat minit berselang menerusi sepakan percuma cantik Muhammad Hakimi.

Liga Super: Sabah ungguli 'Derby Borneo' tewaskan Sarawak United
Dengan kemenangan itu, Sabah hanya kekurangan satu mata di belakang pendahulu liga, JDT.

Bidoglio peroleh kemenangan pertama bersama JDT
Kemenangan yang diperoleh di laman sendiri menyaksikan skuad Harimau Selatan kini memperoleh 35 mata.

Pengendali Sarawak United bangga dengan kemenangan di Stadium Bandaraya
Katanya, pujian harus diberi kepada semua pemain yang sentiasa berusaha mengutip tiga mata penuh dalam pelawanan malam tadi.

Syamsul gusar pertahanan ulang kesilapan sama
Faktor itu menjadi kegusarannya menghadapi baki perlawanan liga terbabit dalam usaha merebut slot ke saingan Liga Super musim depan.

JDT tetap garang tanpa Mora, NS rampas kedudukan ketiga
Biarpun beraksi tanpa ketua jurulatih, motivasi pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap berada pada tahap tertinggi selepas menewaskan Sarawak United FC 4-0 pada aksi Liga Super.

Gol kemenangan Mohamad Irfan pastikan Sabah FC terus cabar kejuaraan
Skuad Sang Badak berdepan tentangan sengit pasukan tuan rumah terutama di separuh masa pertama.

'Jangan ikut EPL'
Menurut Pekan, keputusan itu hanya akan memberi kelebihan kepada pasukan yang mempunyai kedudukan sumber kewangan kukuh.

Zainal Abidin harap Penang FC kekalkan disiplin tinggi
Terdapat sedikit kecuaian yang telah memberi pasukan lawan peluang mendapatkan gol kemenangan.

Liga Super: Selangor FC, KL City sama liat
Sepakan voli Brendan Gan terbias di kaki Muhammad Irfan, sebelum bola menerjah jaring pelawat pada minit ke-36.