KOTA KINABALU: Sabah FC muncul juara Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC dengan jaringan 1-0 di Stadium Likas di sini malam tadi.
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah selepas penyerang dari Brazil itu dijatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti.
Ketua Jurulatih Sabah Datuk Ong Kim Swee berkata kemenangan itu memberikan suntikan semangat buat pemainnya, bagaimanapun masih banyak yang perlu diperbaiki serta ditingkatkan menjelang perlawanan pertama Liga Super pada 12 Mei ini menentang Penang FC.
"Perlawanan sengit, intensiti tinggi dan ini penting untuk kita bawa ke perlawanan (Liga Super) pada minggu depan. Banyak kita pelajari kelemahan, kekuatan, kecederaan dan pemain diberikan peluang bermain, harap pemain pulih menjelang minggu depan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata masih terlalu awal untuk menentukan kesebelasan utama dan strategi bagi aksi pertama Liga Super nanti, namun input daripada Piala SMJ 2024 akan digunakan sebaiknya untuk mempersiapkan skuad Sang Badak atau The Rhinos itu.
Ketua Jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City) itu berkata secara keseluruhan beliau gembira dengan prestasi pemain dalam kejohanan itu dan pihaknya meraih maklumat berguna bagi persiapan pasukan untuk berdepan perlawanan Liga Super pertama 12 Mei ini bertemu Kuching City FC.
"Pemain bermain dengan baik, taktikal ok. Kesebelasan utama untuk Liga Super belum kami tentukan. Kami ada idea untuk taktik, strategi dan formasi tapi kami akan buat penilaian terlebih dahulu," katanya.
Sementara itu, satu lagi kelab Liga Super, Kuching City merangkul tempat ketiga apabila menumpaskan Hougang United FC 2-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di stadium sama petang tadi.
Gol Kuching City masing-masing dijaringkan Mohd Alauddin Farid pada minit ke-18 dan Jordan Mintah pada minit ke-43.
Sebagai pemenang, Sabah membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta Piala SMJ, manakala naib juara KL City meraih RM10,000, Kuching City (RM5,000) dan Hougang United (RM3,000).
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abdul Kassim Razali menyampaikan Piala juara SMJ kepada Ketua Pasukan Sabah FC Taesu Park (kiri) selepas menewaskan pasukan KL City FC 1-0 di Stadium Likas malam tadi. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sabah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya
Sabah menerima saingan sengit yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.
Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.
Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.
Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee berharap Sabah FC mengekalkan momentum terbaik mereka setelah beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu hujung bulan ini.
Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025
Kontrak Kim Swee pada asalnya bakal berakhir pada 30 Nov ini, namun kini disambung hingga April tahun depan.
Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.
Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0
Ong Kim Swee puji disiplin oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Penang FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.
Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee
Ketumpulan penyudah yang dialami Sabah FC sebelum ini menghalang Sabah FC daripada memperoleh keputusan positif dalam beberapa perlawanan.
Sabah FC ikat penyerang import baharu dari Brazil
Sabah FC memaklumkan Joao Pedro Boeira Duarte, 24, mengikat kontrak selama sembilan bulan bermula 15 Ogos lepas hingga 30 April tahun depan.
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.