awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sadio Mane tinggalkan Liverpool untuk Bayern Munich

Astro Arena
Astro Arena
23/06/2022
03:00 MYT
Sadio Mane tinggalkan Liverpool untuk Bayern Munich
Kontrak Mane hanya berbaki 12 bulan dan pemain berusia 30 tahun itu dibenarkan untuk meninggalkan Anfield. - Foto AP
BAYERN Munich melengkapkan proses menandatangani Sadio Mane daripada Liverpool selepas bersetuju dengan kesepakatan bernilai €41 juta (RM190.78 juta) untuk mendapatkan penyerang Senegal berkenaan.
Mane memberi gambaran mengenai keinginannya untuk meninggalkan Liverpool selepas pasukan itu tewas kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini, penamat kempen di mana dia menjaringkan 23 gol.
Dengan Liverpool menandatangani penyerang baru, Darwin Nunez, yang dilaporkan dengan yuran €75 juta (RM348.99 juta) daripada Benfica, dan kontrak Mane pula hanya berbaki 12 bulan, pemain berusia 30 tahun itu dibenarkan untuk meninggalkan Anfield selepas enam tahun penuh gemilang bersama kelab itu.
Dia memainkan peranan utama ketika Liverpool memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2020, layak ke final UCL sebanyak tiga kali -- menamatkan salah satu daripadanya sebagai juara - selain menjuarai Piala Liga Inggeris (EFL) dan Piala FA musim 2021-22.
Mane menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama juara Bundesliga berkenaan selepas menjarinhkan 90 gol daripada 196 penampilan EPL sepanjang bersama Liverpool sejak menyertai pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu daripada Southampton pada 2016.
Topic Berkaitan
#Sadio Mane
#Liverpool
#Bayern Munich
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan