[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Safawi Rasid tinggalkan Terengganu, kembali ke pangkuan JDT

Astro Arena 30/04/2025 | 03:20 MYT
Safawi melakukan 35 penampilan buat Terengganu sepanjang musim 2024-25 selain menghasilkan 18 gol dan lima bantuan jaringan. - Foto Astro ARENA
PEMAIN sayap negara, Safawi Rasid, difahamkan akan kembali ke pangkuan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tempoh pinjamannya bersama Terengganu tamat pada 30 Jun depan.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, melaporkan anak jati Dungun, Terengganu itu berkemungkinan besar akan kembali ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selepas setahun memperkuatkan negeri kelahirannya.
Sebagai rekod, Safawi melakukan 35 penampilan buat Terengganu sepanjang musim 2024-25 selain menghasilkan 18 gol dan lima bantuan jaringan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#JDT #Safawi Rasid #terengganu