Skip to main content

Sukan

Safee Sali kecewa tidak dapat beri sumbangan

81359189863_295x200.jpg
Penyerang Johor DT, Safee Sali kecewa gagal membantu pasukannya merampas gelaran Piala FA musim ini.

“Kecewa lah, saya tak boleh memberi sumbangan dalam game penting, final ini. Memang susah nak cakap lah, kecewa sangat. Sedih, mungkin rezeki saya tak ada.” ulas Safee.

Safee terpaksa dikeluarkan awal babak pertama selepas mengalami kecederaan pangkal peha.

Dia digantikan dengan tonggak import Argentina, Leonel Nunez.

Pemain kebangsaaan ini turut mengakui masih belum berpuas hati dengan sumbangannya bersama Johor DT dan berharap mampu lakukan yang lebih baik pada saingan Piala Malaysia nanti.

Advertisement

Must Watch Video