awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Safiq tidak tolak kemungkinan kembali bersama Harimau Malaysia

Bernama
Bernama
24/12/2016
07:16 MYT
Safiq tidak tolak kemungkinan kembali bersama Harimau Malaysia
Safiq mahu fokus untuk persediaan menghadapi cabaran sengit musim 2017 bersama skuad Harimau Selatan. - Gambar fail
Perancang utama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang juga bekas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.
Namun buat masa ini, beliau mahu fokus untuk persediaan menghadapi cabaran sengit musim 2017 bersama skuad Harimau Selatan itu, yang memburu kejuaraan Liga Super buat kali empat berturut-turut.
"Saya tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama skuad Harimau Malaysia tetapi apa yang penting sekarang ialah fokus kepada pasukan JDT dulu," katanya kepada pemberita selepas memenangi Anugerah Pemain Tengah Terbaik sempena Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016 di sini, malam tadi.
Ini merupakan kali keempat pemain berusia 29 tahun itu memenangi gelaran tersebut selepas 2011, 2012 dan 2015.
Arena bola sepak negara dikejutkan pada Julai lepas dengan berita persaraan Safiq bersama tiga tonggak utama skuad kebangsaan iaitu pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan dan Mohd Amirulhadi Zainal dengan alasan untuk memberi peluang kepada pemain muda.
Bagi musim 2017, Safiq memasang impian membantu juara Piala AFC 2015 itu melakar sejarah menjadi pasukan pertama negara layak beraksi di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun depan.
"Ia merupakan sasaran peribadi saya untuk beraksi di ACL sebelum saya bersara sebagai pemain. Saya rasa memang semua pemain dan peminat JDT mahukan kita ke tahap yang lebih tinggi.
"Saya berharap kali ini kita akan dapat keputusan yang positif ...tidak mustahil untuk kita beraksi di ACL," katanya.
Beliau berharap kehadiran Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai ABK 2016, Ahmad Hazwan Bakri dan dua rakan pasukannya dari Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor serta pemain sayap T-Team, Muhammad Safawi Rasid dapat membantu merealisasikan hasrat berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Harimau Malaysia
#Ong Km Swee
#penyerang kebangsaan
#Safiq Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan