Sah! McGregor kembali beraksi Jan tahun depan menentang 'Cowboy' Cerrone

Haider Yutim
November 29, 2019 02:27 MYT
Menurut White, pertarungan McGregor (kiri) vs 'Cowboy' akan berlangsung dalam acara utama di UFC 245. - Gambar fail
SELEPAS mengumumkan kemunculan semulanya di Octagon, bintang UFC Conor McGregor disahkan akan bertarung pada Januari tahun hadapan menentang petarung Amerika Syarikat, Donald Cerrone.
Perkara itu didedahkan oleh Presiden UFC Dana White dalam satu temubual dengan ESPN pada Khamis.
Menurut White, pertarungan divisyen welterweight McGregor vs Cerrone itu akan berlangsung dalam acara utama di UFC 246.
“Conor sudah tandatangan (kontrak pertarungan) dan ‘Cowboy’ (Cerrone) sudah bersedia,” kata White seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Breaking: Per Dana White (@danawhite), Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) has signed to face Donald Cerrone (@Cowboycerrone) at UFC 246 on Jan. 18, at welterweight. "Conor has signed and Cerrone is ready to go."

— Brett Okamoto (@bokamotoESPN) November 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bulan lalu, bekas juara dua divisyen dari Ireland itu telah mengumumkan akan kembali beraksi di gelanggang Octagon pada awal 2020.
Bercakap kepada sidang media di Moscow, McGregor, 31, mengumumkan akan bertarung pada 18 Januari di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat.
Kali terakhir McGregor bertarung ialah dengan juara lightweight UFC dari Rusia, Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018 dalam acara UFC 229, di mana dia tewas menerusi 'submission' pada minit 3.03 pusingan keempat.
Selepas perlawanan, timbul kekecohan yang menyebabkan McGregor dan Khabib didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).
McGregor didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan, manakala Khabib pula didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan.
Bagi Cerrone, 36, pula, kali terakhir dia bertarung ialah pada acara UFC Fight Night 158 di Vancouver, Kanada yang menyaksikan Cerrone ditundukkan oleh Justin Gaethje melalui keputusan knockout teknikal (TKO) pada minit 4:18 pusingan pertama.
McGregor kini mempunya rekod profesional 21-4, manakala mempunyai rekod 36-13.
#Conor McGregor #Cowboy Cerrone #Dana White #Donald Cerrone #Ireland #Justin Gaethje #Khabib Nurmagomedov #Las Vegas #Mixed Martial Arts #MMA #Moscow #UFC #UFC246