awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sah! Zac Anderson milik Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/12/2018
07:14 MYT
Sah! Zac Anderson milik Perak
kehadiran pemain baharu berusia 27 tahun itu sebagai pilihan tepat untuk menambah baik beberapa kelemahan yang sudah dikenal pasti selepas mengharungi saingan musim lalu. - Gambar fail
Pemain kelahiran Australia, Zac Anderson kini sah menyarung jersi pasukan Perak selepas menandatangani kontrak setahun bersama Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
Pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, berkata kemasukan bekas pemain pertahanan import PKNS FC itu bagi menguatkan benteng pertahanan pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Beliau menyifatkan kehadiran pemain baharu berusia 27 tahun itu sebagai pilihan tepat untuk menambah baik beberapa kelemahan yang sudah dikenal pasti selepas mengharungi saingan musim lalu.
"Pemain ini diikat mengikut keperluan pasukan bagi mengharungi musim ini. Zac memiliki pengalaman beraksi di sini dan dia turut memiliki kualiti kepimpinan di tengah padang selain kelebihan fizikal yang akan membantu pasukan.
“Saya dengan Ketua Jurulatih, Mehmed Durakovic telah berbincang panjang lebar dengan Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu keperluan kita kuatkan pertahanan dan beliau bersetuju untuk ambik Zac,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mengulas mengenai kekosongan satu lagi import pasukan itu, Adly Shah menjelaskan pihaknya enggan terburu-buru dan mahu mendapatkan pemain yang benar-benar berkualiti bagi mengisi slot import kelima.
"Kami kena tunggu dulu kerana bagi saya, perkara ini kena buat dengan sebaik mungkin. Selepas itu barulah kami membuat keputusan,” ujarnya.
Mengenai dakwaan Perak ingin mengikat pemain kebangsaan Singapura, Faris Ramli untuk mengisi kuota import Asia Tenggara, beliau berkata, ia tidak benar.
Malah, beliau turut menafikan ramai pemain Perak, termasuk penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy akan berhijrah.
Topic Berkaitan
#Adly Shah Ahmad Tah
#Ahmad Faizal Azumu
#Asia
#Australia
#bola sepak
#Faris Ramli
#Malaysia
#Mehmed Durakovic
#PAFA
#Persatuan Bola Sepak Perak
#Zac Anderson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan