SEPANG: Selepas mengalami kekecewaan tersingkir seawal pusingan peringkat kumpulan di Piala AFF 2020 di Singapura hujung tahun lepas, skuad Harimau Malaya hari ini bertekad untuk mempamerkan kebangkitan di Kota Singa itu.
Penyerang kebangsaan Muhammad Safawi Rasid berkata latihan berintensiti tinggi yang diterapkan barisan kejurulatihan baharu diketuai Kim Pan Gon, dilihat mampu membantu beliau dan rakan sepasukan mempamerkan aksi yang lebih mantap menentang Filipina dan Singapura minggu ini.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, turut mengakui bahawa keharmonian dan persefahaman dalam pasukan kebangsaan kini lebih baik terutamanya menjelang persediaan aksi persahabatan di Singapura dan Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Latihan seminggu ini memang lasak dan mungkin satu pengenalan untuk kami bersama barisan kejurulatihan yang baharu...tetapi dalam masa sama, kita belajar daripada taktikal juga. Sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik dan tunjukkan kepada penyokong peningkatan dan perubahan dalam skuad Harimau Malaya.
"Setiap jurulatih akan melihat keupayaan dan kehebatan pemain pada sesi latihan. Jadi, latihan berintensiti tinggi untuk kami sememang bagus untuk meningkatkan lagi keupayaan masing-masing," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Singapura bersama pasukan.
Skuad Harimau Malaya akan memulakan saingan aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 Siri Tiga-Negara FAS 2022 menentang Filipina esok, sebelum bertemu skuad tuan rumah Singapura pada 26 Mac.
Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada 28 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022

Skuad Harimau Malaya berada di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Singapura bagi menyertai siri persahabatan Tiga Negara FAS 2022 hari ini. - Foto BERNAMA

Politik | Hilang keyakinan terhadap parti, 50 ahli Armada sertai UMNO
Kira-kira 50 Ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Bersatu.

AWANI Ringkas: Hanya ada satu kem dalam UMNO – Ismail Sabri
![[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri [TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976239/20519348851656738667031_640x360.jpg)
[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri
Tindakan segelintir pihak yang mendesak agar pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditarik balik seolah-olah mempersoalkan kuasaYang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah diluluskan Kabinet dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UMNO | Tiada dua kem, hanya satu kem - Ismail Sabri
Datuk Seri, Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan wujudnya dua kem dalam UMNO. Sebaliknya, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri itu menegaskan parti keramat Melayu itu hanya dipimpin oleh satu kem.

Polis dalam proses siapkan fotofit suspek cuba culik anak Lufya
Identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.

Emilia Hanafi kongsi pengalaman perit dalam penjara
Biar pun berdepan pelbagai cabaran, Emilia meluahkan rasa tenang hati kerana dapat menggunakan sebaik-baik waktu untuk dirinya.

Politik | Pas Tumpat masih gagal adakan pemilihan semula
Pas kawasan Tumpat masih lagi digantung selepas terdapat laporan berlakunya isu teknikal, termasuk bukan ahli yang mengundi pada sesi pemilihan ahli jawatankuasa pada Oktober lalu. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka dikehendaki mengadakan semula pemilihan seperti yang diputuskan oleh jawatankuasa siasatan.

Bantah Barang Naik | 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan
10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat. Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Isu PRU: Asyraf Wajdi hanya fikir periuk nasi sendiri
Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa Ketua Pemuda UMNO sensitif isu semasa negara.

Setinggan | 54 penempatan di bandar raya di Johor ditempat semula
Johor dalam perancangan penempatan semula 54 perkampungan setinggan di bandar raya itu membabitkan lebih 50,000 penduduk. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha itu melibatkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta Pejabat Tanah dan Galian.

Lonjak ranking petanda positif buat Harimau Malaya
Ia sesuatu yang membanggakan selepas kali terakhir Harimau Malaya berada dalam kelompok 150 teratas dunia pada 2014.

Malaysia lonjak tujuh anak tangga, kini di ranking ke-147 dunia
Skuad Harimau Malaya sebelum ini menduduki tangga ke-154 dunia pada ranking sebelum ini yang dikeluarkan Mac lepas.

Kelab Belia Prihatin pergiat usaha selamatkan Harimau Malaya
Belia Prihatin menyeru agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri, badan-badan korporat dan organisasi masyarakat dapat bekerjasama.

Jaami Qureshi kongsi keterbukaan wakili Harimau Malaya
Kepulangan Jaami Qureshi, menghangatkan spekulasi kebarangkalian pemain yang beraksi posisi sayap itu akan menyarung jersi keramat Harimau Malaya pada masa akan datang.

TMJ beri sokongan kuat di belakang tabir - Presiden FAM
Pasukan bola sepak negara yang layak secara merit ke Piala Asia 2023 telah mendapat sokongan padu daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bincang bentuk imbuhan, skuad Harimau Malaya atau FAM yang lebih layak - PM
Perbincangan itu juga akan menentukan pihak yang lebih layak untuk menerima imbuhan sama ada FAM atau diberikan terus kepada pemain skuad Harimau Malaya.

Piala Asia 2023: Imbuhan buat skuad Harimau Malaya akan dibincangkan - PM
Khabar gembira buat anak-anak buah Kim Pan-gon akan diumumkan tidak lama lagi.

Agong ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023
Seri Paduka menzahirkan rasa syukur dan sukacita atas kejayaan serta semangat juang yang dipamerkan di pusingan kelayakan yang berakhir semalam.

Piala Asia 2023: Ahmad Faizal mengaku sokongan penyokong suntik semangat skuad Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan hargai sorakan tanpa henti penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya yang menggamatkan suasana di stadium.

Kelayakan Piala Asia: Saya jurulatih kerdil, kata Pan-gon sambil puji sumbangan kelab Liga-M
Pan-gon menyimpulkan kerjasama kelab Liga Malaysia (Liga-M) sebagai penyumbang utama kejayaan Harimau Malaya ke Piala Asia 2023.