SUKAN
Salah bantu Mesir muncul pasukan ketiga dari Afrika ke Piala Dunia 2026
Kemenangan menyaksikan Mesir kini di tangga teratas kumpulan A selepas mengumpul 23 mata daripada 9 perlawanan yang diharungi. - Stadium Astro
MESIR akhirnya muncul selaku pasukan ketiga zon Afrika yang telah mengesahkan kelayakan untuk beraksi di pusingan akhir Piala Dunia 2026 selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Djibouti.
Ringkasan AI
Dalam aksi yang berlangsung di Casablanca itu Mesir tidak perlu menunggu terlalu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Ibrahim Adel meledak gol pertama buat Mesir untuk mendahului 1-0 pada minit ke-8.
Mesir yang turut diperkuatkan dengan kehadiran bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah kian selesa selepas itu apabila melebarkan kedudukan menjadi 2-0 pada minit ke-14 selepas pemain itu bijak melepasi perangkap ofsaid tuan rumah.
Sehinggalah di penghujung perlawanan Salah sekali lagi berjaya merobek gawang tuan rumah pada minit ke-84 untuk memastikan Mesir mencatat kemenangan selesa sekaligus 3 lagi mata berharga.
Kemenangan ini menyaksikan Mesir kini di tangga teratas kumpulan A selepas mengumpul 23 mata daripada 9 perlawanan yang diharungi. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Mesir sah layak ke Piala Dunia 2026 sebagai pasukan ketiga zon Afrika selepas menewaskan Djibouti 3-0 di Casablanca.
- Ibrahim Adel jaringkan gol awal pada minit ke-8, diikuti dua gol Mohamed Salah pada minit ke-14 dan 84 untuk kemenangan selesa.
- Mesir kini teratas Kumpulan A dengan 23 mata daripada 9 perlawanan, mengesahkan tiket ke pusingan akhir.