PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah terus memahat nama dalam sejarah The Reds apabila menjadi pemain berstatus penjaring terbanyak kelab dalam saingan Liga Juara-Juara ketika membantu kelabnya mengatasi Atletico Madrid, 3-2 di Estadio Wanda Metropolitano.
Dua gol penyudah itu menyaksikan Salah meledak 31 gol mengatasi rekod dimiliki bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard yang menjaringkan 30 gol semasa menyarung jersi The Reds sebelum ini.
Pada aksi di Madrid itu, Salah terlebih dahulu meletakan pasukannya di depan menerusi gol minit ke lapan sebelum ledakan padu Naby Keïta melebarkan kedudukan pelawat kendalian Jürgen Klopp pada minit ke-13.
Biarpun begitu anak buah Diego Simeone kembali semula bersaing apabila penyerang Perancis, Antoine Griezmann tampil merobek gawang pelawat menerusi dua gol pada minit ke-20 dan 34 untuk Colchoneros.
Namun begitu, Atletico Madrid terpaksa beraksi 10 pemain setelah Griezmann dilayangkan kad merah pada minit ke-52, selepas mengasari Firmino.
Liverpool kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti selepas Mario Hermoso mengasari Diogo Jota yang tidak dipersia-siakan Salah untuk kembali mendahului 3-2.
Dua gol peribadi Salah di Madrid itu juga menyaksikan dia mencipta kelas tersendiri bersama Liverpool apabila meledak gol dalam sembilan perlawanan pelbagai pertandingan.
Keputusan di laman lawan itu menyaksikan Liverpool kini mendahului kumpulan B dengan sembilan mata diikuti rapat Atletico Madrid (empat mata) selepas masing-masing mengharungi tiga perlawanan.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 20 2021

Salah (tengah) berebut bola dengan pemain lawan Mario Hermoso (kanan) ketika perlawanan Liga Juara-juara Kumpulan B antara Atletico Madrid dan Liverpool di stadium Wanda Metropolitano, Madrid, 19 Okt, 2021. (Foto AP)

Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
![[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang [TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967550/41447416661652886842699_640x360.jpg)
[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang
Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean yang sebelum ini telah merangkul pingat perak dalam tiga acara, akhirnya membawa pulang pingat emas selepas memenangi acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik My Dinh. Perenang yang berasal dari Kuala Lumpur itu rangkul emas dengan catatan masa 1 minit 47.81 saat sekali gus mengatasi tujuh perenang lain dan menambah koleksi pingat emas negara kepada 25.

UKSB taja Zahid Hamidi, isteri melancong ke luar negara, sambut hari jadi, raya
Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.

Sukan SEA Hanoi: Penguasaan Malaysia dalam lompat tinggi berakhir
Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.

Ini yang ibu bapa perlu lakukan jika anak dijangkiti HFMD
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menekankan tentang isolasi serta penjagaan kebersihan yang serius untuk mengendalikan anak yang dijangkiti penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD).

Sekolah perlu lebih terbuka, jangan sembunyi kes buli
Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Rozmi Ismail menegaskan bahawa tindakan menyembunyikan kes buli untuk menjaga reputasi sekolah hanya akan menyebabkan isu itu terus berlaku.

Apa itu HFMD dan bagaimana mengendalikannya?
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menjelaskan penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD) berpunca daripada virus Enterovirus EV71 dan Coxsakievirus A16.

Sukan SEA Hanoi: Terlepas gelaran raja pecut, penyertaan Muhammad Azeem terbatal
Skuad olahraga Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA ke-31 di sini, selepas penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan.

PKNS, UiTM meterai MoU bagi pelihara Hutan Komuniti Shah Alam
PKNS dan UiTM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang dimiliki PKNS.

NAFAS perlu beri nafas baru kepada sektor makanan - PM
NAFAS perlu beri nafas baru kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan bagi tingkatkan pengeluaran, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

LeBron jangka Liverpool bakal julang Liga Juara-Juara di Paris
LeBron telah meramalkan pertembungan tujuh gol untuk The Reds dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid.

Liverpool bangkit hidupkan peluang rangkul gelaran liga
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp hanya ketinggalan satu mata di belakang Manchester City di puncak liga.

Mbappe ke Liverpool? Mustahil, kata Klopp
Mbappe akan tamat kontrak dengan PSG bulan depan dan mendedahkan minggu lalu dia hampir membuat keputusan mengenai masa depannya.

Klopp bakal nilai tahap kecergasan Salah, Van Dijk
Salah dan Van Dijk dipaksa keluar akibat kecederaan, di Wembley Sabtu lalu.

Southampton sasar akhiri peluang Liverpool kejar gelaran liga
Liverpool boleh mengurangkan pendahuluan Manchester City kepada hanya satu mata jika menang bertemu Southampton awal pagi esok.

Liverpool juara Piala FA, kini buru empat gelaran
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu menang 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley.

"Ya, saya penyerang terbaik dunia!" - Mohamed Salah
Mohamed Salah mempertahankan dirinya selepas mengisytiharkan dia adalah pemain terbaik di dunia dalam posisinya.

Spurs perlu berbelanja besar untuk bersaing dengan Liverpool - Conte
Spurs terikat dalam pertarungan dengan saingan Arsenal untuk menamatkan saingan di kelompok empat teratas.

Liga Juara-Juara: Liverpool lawan Real Madrid satu pertemuan impian - Salah
Mohamed Salah teruja prospek berdepan Real Madrid selepas mereka disahkan sebagai pencabar Liverpool dalam penentuan trofi Liga Juara-Juara (UCL).

Liga Juara-Juara: Sejarah kelab sumber kekuatan Real Madrid bangkit atasi Man City
Los Blancos bangkit daripada ambang kekalahan untuk merampas kemenangan dramatik 3-1 di Santiago Bernabeu.