awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Salah ketuai senarai pendek Anugerah Pemain Terbaik PFA Lelaki

Bernama
Bernama
20/06/2025
15:00 MYT
Salah ketuai senarai pendek Anugerah Pemain Terbaik PFA Lelaki
Salah berperanan penting dalam kejayaan Liverpool memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lepas, dengan menjaringkan 29 gol dan membantu 18 jaringan gol. - Gambar fail/Reuters/Phil Noble
LONDON: Penyerang Liverpool Mohamed Salah mengetuai senarai pendek enam pemain bagi Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA), lapor PA Media/dpa.
Bintang Mesir itu berperanan penting dalam kejayaan Liverpool memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lepas, dengan menjaringkan 29 gol dan membantu 18 jaringan gol.
Awal tahun ini, beliau dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Tahun Ini oleh Persatuan Penulis Bola Sepak dan kini menjadi calon utama untuk memenangi undian daripada rakan sepasukan profesionalnya.
Turut tersenarai ialah rakan sepasukannya Alexis Mac Allister, Declan Rice daripada Arsenal, Cole Palmer (Chelsea), penyerang Newcastle Alexander Isak dan pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes.
Mac Allister adalah tonggak penting di bahagian tengah Liverpool, membuat 35 penampilan dan menyumbang 5 gol serta membantu 5 jaringan gol.
Palmer yang memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik PFA 2023-24, tidak begitu menyerlah musim lepas tetapi masih menjaringkan 15 gol dan membantu Chelsea memenangi Liga "Conference" UEFA (UECL).
Rice cemerlang di bahagian tengah Arsenal, menjaringkan sembilan gol (rekod peribadi) dan membantu 10 jaringan gol dalam 52 perlawanan di semua kejohanan.
Isak menjadi pemain utama dalam kejayaan Newcastle layak ke Liga Juara-Juara dan memenangi Piala Liga, dengan 23 gol untuk kelab itu.
Fernandes pula menjadi antara pemain menyerlah dalam musim yang mengecewakan buat Manchester United, dengan lapan gol liga dan membantu 10 jaringan gol.
Majlis penyampaian anugerah PFA tahun ini akan berlangsung di Manchester pada 19 Ogos.
--BERNAMA-PA Media/dpa
Topic Berkaitan
#Manchester United
#bola sepak
#Liverpool
#Mohamed Salah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami