awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung

Astro Arena
Astro Arena
07/07/2024
04:50 MYT
Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung
Pemain berusia 31 tahun itu menemui ajal pada awal pagi semalam berikutan kesihatannya yang merosot. - Stadium Astro
PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah, antara yang terkesan dengan berita kematian rakan sepasukan di kem Mesir, Ahmed Refaat.
Pemain berusia 31 tahun itu menemui ajal pada awal pagi semalam berikutan kesihatannya yang merosot.
Refaat rebah di atas padang akibat serangan jantung ketika bermain untuk kelab tempatan, Modern Sport, di Kaherah pada 11 Mac lalu.
Kelab kemudian mengesahkannya telah dikejarkan ke hospital.
pic.twitter.com/lkUBwtplcd
— Mohamed Salah (@MoSalah) July 6, 2024
Salah kemudian menyiarkan imej Refaat disertai mesej di saluran media sosialnya, X, dengan berkata: "Semoga Allah memberi kesabaran kepada keluarganya dan semua orang yang dikasihinya."
Selepas itu dia berada dalam keadaan koma selama sembilan hari dan minggu lalu, media dimaklumkan bahawa kesihatannya kembali di tahap yang membimbangkan, sekali gus tidak boleh beraksi lagi. *Artikel disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#kehilangan rakan
#Mesir
#Ahmed Refaat
#serangan jantung
#Penyerang Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan