awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah 'tak hadap' tawaran lumayan kelab Arab Saudi

Sinar Harian
Sinar Harian
08/08/2023
03:35 MYT
Salah 'tak hadap' tawaran lumayan kelab Arab Saudi
Salah sudah meledak 186 gol daripada 305 perlawanan sejak menyertai Roma pada 2017. - Gambar fail
PEMAIN sensasi, Mohamed Salah setia bersama Liverpool di sebalik spekulasinya menerima tawaran lumayan untuk berpindah ke Arab Saudi.
Al-Ittihad dilapor menawarkan kontrak dua tahun bernilai 155 juta pound (RM903.2 juta) untuk Salah sebagai tambahan kepada yuran perpindahan 52 juta pound (RM303 juta), lapor akhbar Saudi, Al Riyadiah.
Pemain berusia 31 tahun itu sudah menandatangani lanjutan kontrak tiga tahun pada musim panas lalu yang menyaksikannya kekal di Anfield sehingga 2025.
"Mohamed kekal komited bersama LFC (Liverpool FC)," kata ejen Salah, Ramy Abbas menerusi catatan di media sosial.
Abbas menjelaskan, Salah sudah membuktikan kesetiaannya apabila membaharui kontrak bersama The Reds.
"Jika kami mempertimbangkan untuk meninggalkan LFC tahun ini, kami tidak akan memperbaharui kontrak pada musim panas lalu," katanya.
Sebagai rekod, Liverpool menjual pemain tengah, Fabinho dan Jordan Henderson masing-masing kepada Al-Ittihad serta El-Ettifaq pada musim panas ini.
Roberto Firmino pula berhijrah ke Al-Ahli selepas tamat kontraknya di Anfield.
Salah sudah meledak 186 gol daripada 305 perlawanan sejak menyertai Roma pada 2017.
Bintang Mesir itu cemerlang dalam kariernya apabila memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA, Piala Liga, Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA semasa di Anfield.
Dia juga merangkul tiga Kasut Emas EPL dan dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan PFA sebanyak dua kali semasa bersama pasukan bimbingan Jurgen Klopp.
If we considered leaving LFC this year, we wouldnt have renewed the contract last summer. Mohamed remains committed to LFC.
— Ramy Abbas Issa (@RamyCol) August 7, 2023
Liga Pro Saudi berjaya memikat beberapa nama besar sejak pemenang Ballon d'Or lima kali, Cristiano Ronaldo menyertai Al-Nassr dari Manchester United Januari lepas.
Pemenang Ballon d'Or terkini, Karim Benzema dan Fabinho, serta bekas pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante dan bekas pemain sayap Celtic, Jota pula menyertai Al-Ittihad. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#tawaran lumayan
#Al-Ittihad
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan