[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SPORTS

Saltnes tumbang Lazio di Bodo, United dan Tottenham terikat

Sinar Harian 11/04/2025 | 01:20 MYT
Thiago Almada (kanan) meraikan bersama Rayan Cherki selepas menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan suku akhir pertama Liga Europa antara Lyon dan Manchester United di Stadium Groupama, Decines, di luar Lyon, Perancis, 10 Apr 2025. (Foto AP)
JAGOAN Norway, Bodo/Glimt meneruskan musim terbaik pentas Eropah apabila selangkah ke separuh akhir Liga Europa selepas mengatasi kelab Serie A Itali, Lazio, 2-0 dalam perlawanan suku akhir pertama pada Jumaat.
Anak buah Kjetil Knutsen memanfaatkan kelebihan Stadium Aspmyra apabila dua gol pemain tengah Ulrik Saltnes, minit ke-47 dan m-69 memastikan bekalan selesa menjelang timbal balik kedua di Stadium Olimpico, Rome pada 18 April depan.
Pemenang pertembungan ini akan berdepan pemenang aksi antara Tottenham Hotspur menentang Eintracht Frankfurt yang terikat 1-1 di London.
Perlawanan di Stadium Tottenham itu menyaksikan jaringan minit ke-26, Pedro Porro membatalkan pendahuluan minit keenam Hugo Ekitike.
Sementara itu, perlawanan tumpuan di Parc Olympique Lyonnais, Lyon menentang Manchester United berakhir dengan kedua-dua pasukan meraih keputusan seri 2-2.
Gol Lyon dijelmakan Thiago Almada (m-25) dan Rayan Cherki (m-95) manakala jaringan United dihasilkan Leny Yoro (m-50) dan Joshua Zirkzee (m-88).
Di Stadium Ibrox, Rangers pula terikat tanpa jaringan menentang kelab La Liga Sepanyol, Athletic Bilbao selepas pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah tonggak pertahanan, Robin Pröpper dilayangkan kad merah minit ke-13. - Sinar Harian
#Manchester United #Liga Europa #Lyon #Lazio