awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Aidifitri pemain hoki negara, Norshafikah suram

Astro Arena
Astro Arena
20/07/2015
08:11 MYT
Sambutan Aidifitri pemain hoki negara, Norshafikah suram
Bagi Shafikah, apa yang berlaku nyata satu kejutan buat keluarganya kerana ibunya sebelum ini tidak menunjukkan sebarang petanda akan pergi buat selamanya. - Gambar Astro ARENA
Ketika umat Islam di seluruh negara sedang bergembira menyambut perayaan Aidilfitri, perkhabaran sedih menimpa pemain hoki wanita negara, Norshafikah Mat Isa selepas kehilangan ibunya, Noraidah Sajuri pada Ahad akibat jangkitan paru-paru.
Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan Norshafikah selepas kehilangan insan paling disayangi iaitu ibunya sendiri.
Bagi Norshafikah, apa yang berlaku ialah satu kejutan buat keluarganya kerana ibunya sebelum ini tidak ada menunjukkan sebarang petanda akan pergi buat selamanya.
"Dia menyuruh saya menyambung pelajaran dan sentiasa menyokong karier hoki saya. Apabila dia sudah tiada, tentunya saya kehilangan semangat." Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Shapawi Ismail pemergian Noraidah adalah satu kehilangan terutama buat Norshafikah yang mengganggap ibunya sebagai pendorong utama untuk berjaya."Semangat arwah ibunya setiap kali berjumpa tidak jemu-jemu berbincang bukannya berkaitan hal-hal keluarga tetapi hal-hal sukan negara.
"Saya merasa sememangnya arwah ibunya merupakan dorongan yang besar buat Norshafikah," katanya.
Noraidah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kapar, Klang di Selangor.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Noraidah Sajuri
#Norshafikah Mat Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan