CARDIFF CITY 0 MANCHESTER CITY 2

Leroy Sane mungkin akan disisihkan selama sebulan akibat menerima kecederaan buku lali ketika Manchester City mencatat kemenangan 2-0 di Cardiff City dalam Piala FA, awal hari ini, kata pengurus Pep Guardiola.

Dua gol babak pertama daripada Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling membawa pemimpin Liga Perdana Inggeris itu ke pusingan kelima, namun kemenangannya terganggu selepas Sane tidak dapat bermain untuk babak kedua.

Pemain sayap Jerman itu diterjah Joe Bennett, pemain pertahanan Cardiff yang dikenakan kad pada masa itu dan kemudiannya dibuang padang kerana membuat satu lagi kekasaran ke atas pemain gantian, Brahim Diaz, pada masa kecederaan.

Kehilangan Sane untuk tempoh yang lama menjadi tamparan hebat buat Guardiola ketika dia mengejar pelbagai kejuaraaan di depan.

"Dia akan direhatkan untuk seketika. Mungkin dua atau tiga minggu, sebulan," kata Guardiola dalam sidang media selepas perlawanan, dengan Sane akan menjalani imbasan esok untuk menentukan sejauh mana tahap kecederaannya.

"Kami akan betul-betul nampak esok. Ia pada buku lalinya."

Perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang West Brom esok akan kabur buat pemain berusia 22 tahun itu, yang mengumpul 11 gol dan 14 bantuan gol dalam semua pertandingan musim ini, manakala perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Basel pada 14 Februari juga akan menanti.

City menghadapi Arsenal dalam final Piala EFL di Wembley pada 26 Februari, sebelum bekunjung ke Emirates untuk aksi liga pada 2 Mac, dan bertemu Chelsea 5 Mac, sekali gus menjadi minggu yang penting buat skuad Guardiola.