awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Santos mahu Neymar kembali pada 2025

Bernama
Bernama
18/11/2024
05:00 MYT
Santos mahu Neymar kembali pada 2025
Neymar mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) ketika bermain untuk Brazil, Oktober tahun lalu. - Gambar fail/ Reuters
RIO DE JANEIRO: Penyerang Brazil, Neymar berkemungkinan kembali ke kelab asalnya Santos tahun depan selepas bergelut dengan kecederaan setelah menyertai kelab Liga Pro Saudi Al-Hilal, lapor Xinhua memetik laporan media di Brazil.

Ringkasan AI
  • Neymar mungkin kembali ke kelab asalnya, Santos, tahun depan selepas bergelut dengan kecederaan di Al-Hilal. Perbincangan perpindahan dijadualkan antara Santos dan pihak Neymar.
  • Neymar, yang kontraknya dengan Al-Hilal tamat Julai depan, berpeluang kembali ke Santos lebih awal, tetapi klausa kewangan dan pemasaran menjadikan perpindahan "amat rumit."
  • Neymar pernah membuat 225 penampilan dan menjaringkan 136 gol bersama Santos sebelum ke Barcelona pada 2013, dan kini menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa Brazil dengan 79 gol.

Presiden Santos Marcelo Teixeira dijadual bertemu dengan bapa dan pengurus Neymar, Neymar Santos Sr minggu depan untuk membincangkan syarat perpindahan yang mungkin berlaku, menurut Globo Esporte pada Ahad.
Kontrak Neymar bersama Al-Hilal dijangka tamat pada Julai tahun depan, tetapi pemain berusia 32 tahun itu boleh menamatkan kontraknya lebih awal. Ini memberi peluang kepada pemain itu untuk kembali ke Santos pada Januari, menurut laporan itu.
Laporan itu turut menyebut bahawa usaha untuk menamatkan kontrak Neymar lebih awal adalah "amat rumit" disebabkan klausa kewangan dan komitmen pemasaran.
Neymar hanya membuat tujuh penampilan dalam semua pertandingan untuk Al-Hilal sejak menyertai kelab itu dari Paris Saint-Germain pada Ogos 2023.
Awal bulan ini, Teixeira memberitahu akhbar Brazil Estadao bahawa Santos mempunyai "projek konkrit" untuk membawa semula pemain No. 10 itu ke kelab.
Neymar membuat 225 penampilan untuk Santos dan menjaringkan 136 gol sebelum perpindahan berprofil tinggi ke Barcelona pada 2013. Dia merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa Brazil dengan 79 gol dalam 128 perlawanan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#Neymar
#Santos
#Al-Hilal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan