awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit

Bernama
Bernama
15/05/2023
05:22 MYT
Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Pasukan Harimau Muda ketika menutup kempen Sukan SEA Kemboja 2023 dengan kemenangan ke atas Singapura 7-0 di Stadium Prince, Phnom Penh pada Khamis. -Gambar fail/Sinar Harian
SEPANG: Pemain tengah skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara, T. Saravanan yakin pasukan itu akan bingkas bangkit mencatatkan keputusan positif pada masa akan datang selepas terpaksa pulang awal daripada saingan Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh.
Menurut Saravanan, biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran melangkah ke pusingan separuh akhir seperti yang ditetapkan.
"Tahun ini ikutkan pasukan sudah buat yang terbaik, namun kita tak mempunyai rezeki untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
"Nak kata banyak kekurangan dipamerkan pun tidak ... jurulatih dan pemain sudah memberikan 100 peratus cuma apa yang dipraktik tidak dapat ditunjukkan di atas padang," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2), di sini selepas tiba dari Phnom Penh, awal pagi tadi.
Skuad Harimau Muda memulakan kempen Sukan SEA Kemboja dengan langkah kanan selepas menundukkan Laos 5-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B.
Namun harapan mara ke separuh akhir terkubur selepas skuad negara mencatat kekalahan di tangan pasukan pilihan Thailand 0-2 dan Vietnam 1-2 masing-masing pada aksi kedua dan ketiga kumpulan.
Saravanan yang mewakili pasukan Kuala Lumpur City FC, pada masa sama meminta supaya barisan pemain skuad B-22 tidak menganggap keputusan dicatat di Phnom Penh ialah penamat kepada segalanya.
"Perjalanan kita masih jauh dan saya yakin para pemain akan sedar mengenai itu serta bangkit dalam perlawanan-perlawanan akan datang," katanya yang turut mencetak empat gol selepas skuad negara membelasah Singapura 7-0 pada aksi terakhir Kumpulan B.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau muda
#Sukan SEA Kemboja
#T Saravanan
#E Elavarasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan