SUKAN
Sarawak teruskan pembinaan velodrom, dorong prestasi atlet berbasikal - Abdul Karim

Abdul Karim berucap pada perasmian Borneo Games 2025 di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, 24 Sept 2025. -- fotoBERNAMA
KUCHING: Sarawak akan meneruskan pembinaan sebuah velodrom baharu di negeri itu walaupun fasiliti itu mungkin tidak akan digunakan untuk Sukan SEA 2027.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata fasiliti sukan itu penting untuk memperkukuh pembangunan sukan berbasikal memandangkan atlet Sarawak kini antara yang terbaik di Malaysia.
"Setakat ini, terdapat 16 acara yang telah disahkan akan dianjurkan di Sarawak, dengan kemungkinan dua atau tiga acara tambahan dimohon oleh negara-negara peserta.
"Antara acara yang akan berlangsung di Sarawak pada temasya Sukan SEA 2027 ialah memanah, akuatik, menembak, tenpin boling, taekwondo, tenis, skuasy, kriket, muay thai dan angkat berat. Polo turut dipertimbangkan sebagai acara baharu, tetapi jika diluluskan ia akan diadakan di Johor," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sukan Borneo Kuching 2025 di Stadium Perpaduan di sini semalam.
Sebelum ini, Abdul Karim dilaporkan berkata velodrom itu akan dibina berhampiran Kompleks Sukan Sarawak di sini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami