Sasaran tinggi: Pearly-Thinaah perlu terima cabaran - Rosman

Pearly-Thinaah muncul juara Masters Jepun menerusi kemenangan 22-20, 21-19 ke atas Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun pada final kejohanan Super 500 di Kumamoto Prefectural Gymnasium. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah perlu menerima hakikat bahawa semua pihak mahu mereka memberikan aksi terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai.
Ringkasan AI
- Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah perlu menerima hakikat sasaran tinggi yang ditetapkan untuk prestasi terbaik dalam setiap kejohanan.
- Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak menekankan kepentingan meneruskan konsistensi prestasi dan mengelakkan kecederaan sebelum Sukan SEA 2025 di Thailand dan Jelajah Dunia Akhir 2025 di China.
- Pearly-Thinaah menjuarai Masters Jepun 2025 dengan kejayaan 22-20, 21-19 dan merangkul gelaran Terbuka Thailand dan Terbuka Artik tahun ini, menunjukkan kecemerlangan dalam arena badminton antarabangsa.
"Kita perlu terima hakikat itu," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di sini hari ini.
Rosman berkata naib juara dunia 2025 itu juga diharap terus mengekalkan konsistensi, meningkatkan prestasi dan bebas daripada sebarang kecederaan sebelum bersaing pada Sukan SEA 2025 di Thailand diikuti Jelajah Dunia Akhir 2025 di Hangzhou, China, bulan depan.
Pearly-Thinaah muncul juara Masters Jepun menerusi kemenangan 22-20, 21-19 ke atas Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun pada final kejohanan Super 500 di Kumamoto Prefectural Gymnasium.
Selain Masters Jepun, mereka juga telah merangkul dua lagi gelaran iaitu Terbuka Thailand dan Terbuka Artik tahun ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


