'Saya adalah petinju heavyweight terbaik era ini' - Fury

Astro Arena
Oktober 11, 2021 04:20 MYT
Fury menggesa orang ramai supaya jangan meragui kebolehannya. - Astro ARENA
TYSON Fury melabel dirinya petinju heavyweight terbaik era ini' selepas juara WBC itu mempertahankan gelaran selepas menumbangkan Deontay Wilder.
Fury (31-0-1) kekal tanpa kalah hasil kemenangan di pusingan ke-11 ke atas Wilder dalam pertembungan buat kali ketiga di Las Vegas.
Dalam pertarungan tersebut, Fury dijatuhkan dua kali tetapi bintang Great Britain itu berjaya mengatasi Wilder (42-2-1), yang menampilkan keberanian untuk terus bersaing sehinggalah dia ditumbangkan.
Selepas pertarungan tersebut, Fury berkata, "Saya dihujani tumbukan yang kuat tetapi pertolongan tuhan membantu saya untuk terus bangkit dan berusaha mendapatkan kemenangan. Ia merupakan pertarungan yang cukup menakjubkan bagi sejarah sukan ini."
"Saya dijatuhkan beberapa kali, ternyata ia amat menyakitkan kerana Wilder seorang yang memiliki tumbukan yang kuat," kata Fury.
"Ia merupakan pertarungan yang hebat. Saya tidak akan memberikan sebarang alasan, Wilder adalah petinju yang berkualiti, dia telah membuatkan saya berusaha sepanjang berada dalam gelanggang. Saya sentiasa mengatakan bahawa saya adalah yang terbaik dunia dan dia adalah yang kedua.
"Jangan pernah meragui saya. Saya sentiasa dapat melakukan yang terbaik."

AND STILL. pic.twitter.com/jO238axUoF

— TYSON FURY (@Tyson_Fury) October 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#tinju #Tyson Fury #juara WBC #Deontay Wilder